Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK bagi tahun 2025 yang kini sedang dibuka.
Isi Kandungan [show]
Program Penajaan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK
Program ini merupakan program penajaan berbentuk biasiswa kepada para pelajar yang telah menerima tawaran dan mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), sama ada di semester pertama dan seterusnya untuk membantu para pelajar melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat pengajian di Dalam Negara sahaja.

Bidang & Institusi Pengajian
Mana-mana bidang yang bermanfaat layak memohon biasiswa pendidikan ini dan bidang perubatan tidak menjadi keutamaan.
Institusi pengajian tempatan sahaja dan tertakluk kepada surat tawaran layak untuk memohon biasiswa pendidikan ini.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat umum permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Merupakan warganegara Malaysia yang lahir (peranakan Negeri Kelantan) dan bermastautin tetap di Kelantan.
- Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
- Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
- Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
- Telah menerima surat tawaran dan / atau sedang menuntut minima semester pertama institusi (dengan baki semester sekurang-kurangnya 3 semester).
Syarat-syarat khusus kelayakan akademik pula adalah seperti ketetapan berikut:
Peringkat Pengajian | Kelayakan Akademik |
---|---|
Sijil Kemahiran | – Sijil yang diiktiraf oleh MLVK perlu sekurang-kurangnya telah / sedang menduduki tahap 2; dan / atau – Memperolehi minima lulus SPM bagi sijil kemahiran yang lain. |
Diploma | – Minimum PNGS dan PNGK 3.50 pada semester 1 dan seterusnya; atau – Berkelulusan SPM dengan sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas) 7 kredit. |
Ijazah Sarjana Muda | – Minimum PNGS dan PNGK 3.00 ke atas pada semester 1 dan seterusnya; atau – Diploma PNGK 3.50 ke atas; atau – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 ke atas; atau – Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang setara dengan STPM; atau – Matrikulasi / Asasi Sains / Asasi Universiti berkenaan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00 |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK ini perlu dibuat secara dalam talian (online) bermula 1 April 2025 hingga 15 April 2025 menerusi eAgihan MAIK dengan melayari Portal Rasmi MAIK.
Pihak MAIK berhak menolak permohonan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan maklumat atau pemalsuan dokumen tanpa sebarang notis.
Tertakluk kepada tarikh permohonan dibuka.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Biasiswa Pendidikan Dalam Negara MAIK ini, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09 – 7421 519 atau e-mel kepada info_pendidikan@e-maik.my.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!