Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di Universiti Awam Ambilan Tahun 2025.

Isi Kandungan

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP Tahun 2025

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Ambilan Tahun 2025 bagi pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun Pertama atau tahun Kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 20 Mac 2025 sehingga 24 April 2025.

Program ISMP bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan unjuran keperluan bidang KPM.

Bagi yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa ISMP untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas tamat belajar kelak.

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 1
Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 2

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat umum permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 adalah seperti berikut:

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia.
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun.
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke Perkhidmatan Awam termasuk Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun Pertama atau tahun Kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang yang ditetapkan dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini.
  5. Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan dan dibuka kepada pelajar Universiti Awam sahaja.

Bidang Yang Layak Memohon

Bidang-bidang yang layak untuk memohon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Sains
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Islam
  • Dini / Bahasa Arab
  • Tahfiz / Ulul Albab
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Masalah Pembelajaran (PPKI)
  • Reka Bentuk dan Teknologi
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Pembinaan
  • Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara
  • Teknologi Pemesinan Industri

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 ini perlu dibuat secara dalam talian melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm bermula 20 Mac 2025 (5.00 Petang) sehingga 24 April 2025 (5.00 Petang).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Biasiswa Perguruan Persekutuan Program ISMP 2025 ini, sila rujuk laman rasmi Modul Penawaran – Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam Kementerian Pendidikan Malaysia atau boleh juga rujuk facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More