Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK bagi tahun 2025 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan [show]

Program Penajaan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK

Program Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) adalah program biasiswa tajaan dalam membantu asnaf di negeri Kelantan yang berkelayakan dalam memperoleh pendidikan profesional untuk mereka gunakan dalam mencari pekerjaan dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Objektif lain program penajaan ini adalah untuk membantu meningkatkan bilangan profesional di dalam bidang perakaunan daripada kalangan bangsa Melayu dan terutamanya dari rakyat Kelantan.

Permohonan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK Tahun 2025 1

Bidang & Institusi Pengajian

Bidang pengajian yang boleh memohon adalah dalam bidang The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) antara tempoh 1 hingga 4 tahun.

Institusi pengajian dengan Kerjasama MAIK – MyPAC sahaja layak untuk memohon biasiswa pendidikan ini.

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat umum permohonan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua lepasan SPM.
  2. Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Negeri Kelantan) yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  3. Ibu bapa atau penjaga pemohon menetap dan bermastautin di Kelantan sahaja.
  4. Terdiri dari golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  5. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  6. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  7. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MAIK.

Syarat-syarat khusus kelayakan akademik pula adalah seperti ketetapan berikut:

  • Lulus Certified Accounting Technician (CAT) / ACCA Foundation in Accountancy (ACCA FIA) atau lulus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perakaunan dengan minimum PNGK 3.00.
  • Maksimum tempoh pengajian adalah terhad kepada 4 tahun sahaja.

Denda akan dikenakan ke atas pelajar, sekiranya pelajar di dapati GAGAL menepati syarat yang telah ditetapkan oleh MAIK.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK ini perlu dibuat secara dalam talian (online) bermula 1 April 2025 hingga 30 April 2025 menerusi eAgihan MAIK dengan melayari Portal Rasmi MAIK.

Selain itu, perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas turut disediakan di aras bawah Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan di bawah kod 28440 – Biasiswa Profesional Perakaunan (BPP) MAIK.

Pihak MAIK berhak menolak permohonan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan maklumat atau pemalsuan dokumen tanpa sebarang notis.

Tertakluk kepada tarikh permohonan dibuka dan permohonan adalah terhad.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Biasiswa Profesional Perakaunan MAIK ini, sila hubungi Unit Tajaan Pendidikan MAIK di talian 09 – 7421 519 atau e-mel kepada info_pendidikan@e-maik.my.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More