Biasiswa Public Bank (Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow) 2024
Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Public Bank (Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow) bagi tahun 2024/2025.
Isi Kandungan
Mengenai Biasiswa Public Bank
Dinamakan sebagai penghormatan kepada Allahyarham Tan Sri Dato Sri Dr. Teh Hong Piow, biasiswa berprestij ini ditawarkan kepada pelajar layak yang menunjukkan:
- pencapaian akademik yang cemerlang,
- sifat kepimpinan yang boleh dicontohi,
- penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum, dan
- pengiktirafan cemerlang untuk pencapaian cemerlang.
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat permohonan Biasiswa Public Bank (Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 25 tahun.
- Minimum 5A dalam SPM atau setaraf.
- PNGK minimum 3.50 dalam Asasi / Matrikulasi atau setaraf.
- Mendapat tawaran untuk mengikuti / mengikuti program Sarjana Muda Sepenuh Masa Tahun Pertama di Universiti Awam / Swasta yang diiktiraf di Malaysia.
- Tidak boleh menjadi penerima biasiswa atau anugerah lain daripada mana-mana organisasi dan / atau institusi lain.
- Sedia berkhidmat untuk ikatan pekerjaan selepas tamat pengajian.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Public Bank bagi tahun 2024 kini dibuka sehingga 22 September 2024 dan permohonan boleh dibuat pada borang permohonan seperti pada pautan berikut:
>>>Borang Permohonan Biasiswa Public Bank (Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow)<<<
E-melkan borang permohonan yang telah lengkap diisi dan dokumen yang diperlukan ke alamat [email protected] selewat-lewatnya pada 22 September 2024.
Pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penyerahan.
Dokumen Sokongan
Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut bersama-sama borang permohonan, iaitu:
- Borang Permohonan Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow (Lengkap Diisi).
- Salinan MyKad Pemohon (Hadapan dan Belakang).
- Salinan Sijil Akademik seperti Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) atau setaraf DAN Sijil Tinggi Pendidikan Malaysia (STPM) / A-Levels / Program Pra-Universiti atau setaraf.
- Salinan Testimoni Ekstra Kurikulum.
- Salinan MyKad Kedua Ibu Bapa / Penjaga (Hadapan dan Belakang).
- Salinan MyKad Kedua-Dua Penjamin (Hadapan dan Belakang).
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga Terkini seperti Slip Gaji 3 Bulan Terkini ATAU Borang EA ATAU Penerimaan Akuan Terima Borang B / Borang BE.
- Salinan Surat Setuju Terima Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi.
- Salinan Surat Pengesahan Pelajar oleh Pejabat Tinggi Institusi Pendidikan (Hanya untuk pemohon yang sedang menjalani program Ijazah).
- Salinan Transkrip Ijazah / Slip Keputusan Semester Semasa (Hanya untuk pemohon yang sedang menjalani program Ijazah dan telah menamatkan sekurang-kurangnya Satu Semester).
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Public Bank (Biasiswa Legasi Tan Sri Teh Hong Piow) ini, sila rujuk portal rasmi Public Bank Berhad | Scholarship.
Selain itu, terdapat juga biasiswa dan bantuan pendidikan lain seperti
- Biasiswa Maxis Tahun 2024,
- Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia Tahun 2024,
- Biasiswa PAM Agrow Tahun 2024,
- Bantuan Awal Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2024,
- Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Tahun 2024,
yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!