Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Tahun 2024

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan Program Penajaan Pendidikan MAIK, iaitu Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) bagi tahun 2024 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Program Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK

Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) menawarkan program biasiswa tajaan di Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara dalam bidang Pengajian Islam kepada pelajar

  • lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK, dan
  • lepasan STAM di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIK.

Bantuan kewangan ini mula diperkenalkan sejak tahun 2022 dan keutamaan diberikan kepada pelajar daripada golongan asnaf fakir dan miskin.

Permohonan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Tahun 2024 1

Bidang & Tempat Pengajian

Bidang pengajian yang ditetapkan untuk memohon adalah bidang Pengajian Islam – berdasarkan surat tawaran.

Tempat pengajian adalah hanya untuk pengajian di Luar Negara iaitu:

  • Mesir, dan
  • Indonesia.

Permohonan daripada Universiti di Jordan adalah dimansuhkan.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum Program Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) bagi tahun 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia (peranakan Kelantan) yang lahir dan bermastautin menetap di Kelantan.
  2. Ibu bapa atau penjaga pemohon menetap dan bermastautin di Kelantan SAHAJA.
  3. Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat berdasarkan had kifayah yang telah ditetapkan oleh MAIK.
  4. Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja lain.
  5. Telah menerima surat tawaran daripada Universiti yang diiktiraf di dalam MQA.
  6. Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada KELULUSAN daripada pihak MAIK.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus seperti berikut:

Bagi Pemohon Tahun Pertama– Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK
Pencapaian minima PNGK 3.0 (Diploma Maahad).
– Pelajar Selain Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQ) MAIK
Pencapaian minima keputusan Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
Bagi Pemohon Tahun Kedua Dan Ke atasPencapaian minima keputusan Jayyid di Mesir dan PNGK 3.0 di Indonesia.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan Program Biasiswa Sultan Ismail Petra bagi tahun 2024 ini dibuka bermula 1 Jun 2024 sehingga 30 Jun 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Agihan MAIK pada pautan berikut:

>>>Permohonan Program Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Tahun 2024<<<

Pemohon boleh memilih kategori PROG. BIASISWA SULTAN ISMAIL PETRA (21125) pada pemilihan Jenis Bantuan. Kemudian, masukkan No. Kad Pengenalan untuk semak kelayakan dan membuat permohonan.

Perkhidmatan KIOSK dan mesin pengimbas disediakan di aras bawah, Unit Agihan Zakat MAIK dan seluruh Masjid Bandar Negeri Kelantan. Tertakluk kepada tarikh permohonan dibuka sahaja.

Maklumat permohonan hendaklah diisi dengan tepat, lengkap dan jujur seperti mana lampiran dokumen.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama-sama permohonan adalah seperti berikut:

  • Salinan Surat Beranak & Kad Pengenalan Pemohon / Pasport (Sekiranya Berkaitan).
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa / Penjaga.
  • Salinan Surat Beranak / Mykid / Kad Pengenalan Tanggungan Ibu Bapa / Penjaga.
  • Salinan Slip Gaji / Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga (Jika Tidak Bekerja / Bekerja Sendiri).
  • Salinan Sijil / Slip Keputusan Peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM / Keputusan Peperiksaan Terakhir (Bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  • Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian / Surat Pengesahan Pengajian Terkini.
  • Salinan Penyata Akaun Bank.
  • Borang Pengesahan Maklumat Pemohon.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Biasiswa Sultan Ismail Petra ini, sila rujuk Portal Rasmi Program Pendidikan MAIK atau terus hubungi Unit Tajaan Pendidikan pada talian 09 – 742 1519 atau e-mel kepada [email protected].

Permohonan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Tahun 2024 2

Selain itu, terdapat juga biasiswa lain seperti 

yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More