Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) Tahun 2024/2025
Berikut adalah info mengenai permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia yang kini sedang dibuka untuk mereka yang berkelayakan.
Isi Kandungan
Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia
Bursa Malaysia komited dalam usahanya untuk menjadi pasaran terkemuka di Asia.
Selari dengan usaha pertumbuhan ini adalah kepercayaan mereka yang berakar umbi untuk menyumbang ke arah kebaikan masyarakat.
Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (YBM) adalah lanjutan daripada kepercayaan itu dan mereka menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka.
Kesejahteraan negara kita bergantung kepada cara kita mengasuh anak muda. Di Bursa Malaysia, mereka percaya dalam menyediakan peluang kepada individu untuk berusaha ke arah kecemerlangan.
Sejak 2006, YBM telah menyediakan biasiswa penuh untuk pelajar dari latar belakang yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kursus Sarjana Muda di tujuh (7) Universiti Awam tempatan dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
Bidang Pengajian
Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang sedang atau akan belajar dalam disiplin berikut dan berkaitan:
- Perakaunan
- Kewangan
- Ekonomi
- Pentadbiran Perniagaan
- Undang-Undang
- Kelestarian
Syarat Kelayakan Permohonan
Pemohon mestilah memenuhi semua kriteria-kriteria permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia bagi tahun 2024/2025 yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia di bawah umur 22 tahun pada masa permohonan.
- Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM 5,000 sebulan.
- Telah mendapat penerimaan ke kursus Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di Universiti Awam tempatan terpilih. Pelajar yang telah memperoleh yang sama tetapi di bawah sayap swasta Universiti Awam tempatan tidak layak memohon.
- Telah mencapai keputusan berikut, yang mungkin berkenaan, iaitu:
STPM | Sekurang-kurangnya 2A dan 2B |
A-Level | Sekurang-kurangnya 2A dan 2B |
Matrikulasi / Asasi | PNGK 3.5 dan ke atas |
Malaysia University English Test (MUET) | Band 4 |
SPM / O-Level | Cemerlang dalam Matematik dan Bahasa Inggeris |
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum atau sukan, sebaik-baiknya memegang jawatan kepimpinan.
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan kepimpinan yang cemerlang.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia bagi tahun 2024/2025 kini sedang dibuka sehingga 19 September 2024 dan permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Biasiswa.
Sila memuat turun Borang Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia dibawah dan lengkapkan.
Kemudian, perlu dihantar semula dengan e-mel bertajuk ‘Nama anda: Biasiswa YBM 2024/2025’ kepada [email protected].
Yayasan Bursa Malaysia berhak mengikut budi bicara mutlaknya, untuk membatalkan kelayakan, memilih dan memberikan biasiswa kepada mana-mana pemohon berdasarkan kriteria merit dan kelayakan. Keputusannya adalah muktamad.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia ini, sila hubungi Cik Syazlin di talian 03 – 2034 7409.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!