Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023
Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023 adalah sebuah Program Biasiswa Penuh untuk pasca Ijazah yang berpencapaian tinggi atau setaraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat perakaunan profesional ACCA.
Permohonan Program Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023 – MyPAC ACCA kini dibuka untuk pengambilan September 2023 dan tempoh program adalah selama 2 tahun.
Isi Kandungan
Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023
Bursa Malaysia komited dalam usahanya untuk menjadi pasaran terkemuka di Asia. Selari dengan usaha pertumbuhan ini adalah kepercayaan mereka yang berakar umbi untuk menyumbang ke arah kebaikan masyarakat. Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia (Biasiswa YBM) adalah lanjutan daripada kepercayaan itu dan mereka menjemput anda untuk menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka.
MyPAC berhasrat untuk menyediakan TAJAAN PENUH dan bantuan kewangan kepada pelajar cemerlang yang mengikuti kelayakan perakaunan profesional ACCA pasca Ijazah selama dua tahun.
Biasiswa YBM – MyPAC terbuka kepada individu yang kurang bernasib baik, untuk mengikuti kelayakan perakaunan profesional ACCA pasca siswazah selama dua tahun, sepenuh masa. Profesion perakaunan adalah pilihan menarik yang bukan sahaja menawarkan peluang kerjaya yang cemerlang tetapi juga ganjaran kewangan untuk membantu meningkatkan taraf hidup melalui pendidikan profesional.
Kepada yang layak, sudah tiba masanya untuk membawa diri anda ke tahap baharu dan memulakan perjalanan perakaunan profesional anda dengan MyPAC kerana di MyPAC, kami menyediakan
- BIASISWA PENUH untuk calon yang layak;
- Program pembangunan holistik yang direka untuk meningkatkan kepimpinan dan kemahiran insaniah anda yang diperlukan sebagai Akauntan Profesional yang sangat digemari oleh majikan; dan
- Peluang untuk menjalin rangkaian dengan Alumni kami yang berpengalaman dan profesional industri.
Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023
Keperluan permohonan adalah seperti berikut:
- Bumiputera dan berumur tidak melebihi 25 tahun.
- Ijazah lengkap dalam Perakaunan yang diiktiraf oleh ACCA dengan sekurang-kurangnya 3.0 PNGK .
- Mendapat pengecualian 9 kertas daripada ACCA.
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4,850 sebulan.
Cara Membuat Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023
- Permohonan biasiswa ini perlu dikemukakan secara atas talian (online) menerusi pautan berikut
>>Permohonan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023<<<
- Anda DIWAJIBKAN memuat naik penyata pendapatan ibu bapa / penjaga di BAHAGIAN 2 borang ini untuk melengkapkan penyerahan permohonan anda. Sila rujuk perkara berikut untuk penyata pendapatan yang diperlukan untuk permohonan.
- Slip gaji ibu bapa / penjaga;
- Slip pencen;
- Borang / Surat ‘Pengisytiharan Pendapatan’ yang disahkan oleh Ketua Kampung, Penghulu, Pegawai Tadbir Kerajaan, Profesional Bertauliah, Ketua Kaum, Tuai Rumah, Mukim atau Imam Masjid (disahkan oleh pihak berkuasa agama tempatan).
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023 ini, sila hubungi 03 – 7831 9990 atau 012 – 9190 210 atau terus ke laman web MyPAC kerana semua maklumat lanjut permohonan adalah melalui laman web rasmi itu sahaja.
Semoga anda yang memohon, berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Yayasan Bursa Malaysia 2023 ini!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.