Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tawaran Biasiswa Yayasan TM 2023

Biasiswa Yayasan TM 2023 adalah sebuah program Biasiswa Penuh untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpencapaian tinggi atau setaraf untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Biasiswa ini adalah sebuah bantuan kewangan untuk pelajar yang berkelayakan dan pemegang biasiswa ini berpeluang menghadiri program pembangunan diri dan diberi keutamaan untuk menyertai tenaga kerja Kumpulan TM.

Isi Kandungan

Pengambilan Kedua Biasiswa Yayasan TM 2023

Yayasan TM menjemput anak muda Malaysia yang berbakat untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka melalui YTM dengan memohon Biasiswa Yayasan TM 2023 yang kini dibuka untuk pengambilan kedua bagi Tahun 2023 untuk pelajar-pelajar yang berkelayakan.

Bidang pengajian mestilah berkaitan dengan perniagaan Kumpulan TM. Bidang pengajian yang berkenaan adalah

  • Teknologi Maklumat & Digital
  • Multimedia Kreatif
  • Kejuruteraan
  • Pengurusan

Pakej Biasiswa Yayasan TM ini termasuk yuran pengajian, stipend bulanan, elaun buku dan peralatan.

Seterusnya, Institusi yang berkenaan pula adalah

  • Untuk lepasan SPM 2022 – Multimedia University (MMU)
  • Untuk lepasan Matriks / Diploma / Pra-Universiti / Asasi – Multimedia University (MMU) / Universiti Awam (UA)

Tambahan: Bagi lepasan Matriks / Diploma / Pra-Universiti / Asasi mestilah dengan tempoh pengajian minimum 2 tahun.

Biasiswa Yayasan TM 2023

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2023

Syarat-syarat am yang perlu dipenuhi oleh semua pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
  2. Pemohon tidak boleh mempunyai adik beradik yang pernah menerima Biasiswa YTM di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  3. Pemohon dan kedua ibu bapa mestilah warganegara Malaysia.
  4. Pemohon pada masa ini tidak menerima sebarang bentuk bantuan kewangan pendidikan daripada sumber lain.
  5. Aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Seterusnya, pemohon juga mestilah memenuhi syarat kelayakan (program tempatan) seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia dan mempunyai keadaan kesihatan yang baik.
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 6A untuk SPM 2022 atau PNGK 3.3 atau setara untuk keputusan terkini.
  3. Tidak melebihi 23 tahun pada Disember 2023.

Cara Membuat Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2023

  • Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2023 ini perlu dikemukakan secara atas talian (online) dan tarikh tutup permohonan adalah pada 19 September 2023.
  • Permohonan boleh dibuat menerusi pautan berikut

>>>Permohonan Biasiswa Yayasan TM 2023<<<

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut atau bantuan berkaitan Biasiswa Yayasan TM 2023 ini, sila layari Portal Rasmi Yayasan TM kerana semua maklumat lanjut permohonan adalah melalui portal rasmi itu sahaja. Selain itu, anda juga boleh hubungi En Khairul Izam di talian 011 3609 8927 atau menghantar emel ke alamat [email protected].

Semoga anda berjaya dan terpilih untuk mendapatkan tawaran Biasiswa Yayasan TM 2023 ini!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More