Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Penajaan Program Biasiswa YDPA 2025 Kini Dibuka

Berikut kami kongsikan berkaitan permohonan Biasiswa YDPA 2025 yang kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berminat dan layak.

Isi Kandungan

Program Biasiswa YDPA 2025

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara.

Justeru JPA mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon BYDPA Tahun 2025 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa dalam bidang-bidang berikut:

  • Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM);
  • Ekonomi;
  • Undang-Undang;
  • Kewangan Islam; dan
  • Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Permohonan Penajaan Program Biasiswa YDPA 2025 Kini Dibuka 1
Biasiswa YDPA 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum membuat permohonan, calon-calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria permohonan Biasiswa YDPA 2025 yang telah ditetapkan seperti dibawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2025.
  3. Pegawai / Pelajar yang menghidap penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dibenarkan untuk memohon kemudahan program ini untuk pengajian dalam negara.
  4. Permohonan untuk mengikuti pengajian ke luar negara dikehendaki bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan disahkan sihat serta berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat oleh Pegawai Perubatan. Ahli keluarga pemohon (pegawai awam sahaja) yang dibawa bersama (pengajian luar negara) juga perlu bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan. Sekiranya laporan perubatan mengesahkan pegawai atau ahli keluarga yang dibawa bersama menghidap penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan, penawaran kemudahan ini akan dibatalkan.
  5. Pegawai awam yang memohon BYDPA mestilah tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang sedang berkuatkuasa.
  6. Memperoleh CGPA minimum 3.75 / Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya dalam Ijazah Sarjana Muda (bagi peringkat Sarjana) dan CGPA minimum 3.75 / Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya dalam Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana (bagi peringkat Ph.D).
  7. Telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) dan telah memulakan pengajian bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun 2025 di IPT tempatan atau universiti terkemuka dunia yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian yang telah disenaraikan.
  8. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.
  9. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum / aktiviti kemasyarakatan.
  10. Perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan. Sebarang pelanjutan tempoh penajaan tidak akan dipertimbangkan kecuali di atas sebab-sebab yang dibenarkan.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui Portal Penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau terus tekan pautan dibawah mulai 3 Februari 2025 sehingga 28 Februari 2025.

>>>ePermohonan Biasiswa YDPA 2025<<<

Borang permohonan yang telah dilengkapkan tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025 sama ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Biasiswa YDPA 2025 ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3569 / 3438 atau e-mel kepada [email protected].

Sila rujuk juga lampiran-lampiran berikut untuk melihat Senarai Universiti dan Bidang BYDPA Tahun 2025.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More