Sumber Rujukan Globalisasi Anda

BigPay E-Wallet Penebusan E-Belia RM150

BigPay eWallet terpilih sebagai salah satu daripada 4 perkhidmatan eDompet yang akan bekerjasama dalam inisiatif penebusan e-Belia. BigPay adalah e-dompet yang diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah cashless society.

Berbeza dengan eWallet yang lain seperti ShopeePay atau GrabPay, antara fungsi utamanya adalah untuk membuat pertukaran mata wang asing secara digital

Pengguna juga mempunyai lebih banyak kebebasan untuk menggunakan wang kerana ia juga turut dilengkapi dengan aplikasi mobile dan Mastercard ala prepaid card. 

Jadi, untuk anda yang sering berulang-alik atau mengirim wang ke Singapura atau Indonesia, aplikasi ini memang sangat berbaloi!

Isi Kandungan

Cara Daftar BigPay

Untuk mendaftar sebagai pengguna BigPay eWallet, sila rujuk langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi BigPay melalui pautan berikut: https://www.bigpayme.com/
  2. Daftar sebagai pengguna dengan menekan butang Sign Up
  3. Buat pengesahan untuk proses verifikasi.
  4. Selesai! Anda boleh menggunakan eDompet BigPay sebaik sahaja anda membuat tambah nilai atau menerima wang melalui eBelia.
    • Kad prepaid Mastercard BigPay akan dihantar dalam proses 5-7 hari selepas membuat pendaftaran.
    • Anda boleh mendapat tambahan kredit percuma RM20 apabila anda mendaftar dengan kod promo PCEBELIABP

BigPay E-Wallet Penebusan E-Belia RM150

Inisiatif ini adalah program dari Kementerian Kewangan Malaysia.

Untuk mengetahui syarat-syarat dan info penuh tentang Program eBelia PEMERKASA, sila rujuk artikel berikut: Penebusan e-Belia RM 150 Dibuka Bermula 1 Jun (e-Wallet)

Mulai 1 Jun 2021, anda dapat menuntut RM150 dengan BigPay.

BigPay E-Wallet Penebusan E-Belia RM150

Cara Tebus Kredit Percuma eBelia RM150

Untuk mendaftar BigPay eWallet, sila ikuti langkah – langkah yang dikongsikan ini:

  1. Daftar untuk akaun BigPay atau log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan jika anda sudah menjadi salah satu pengguna aplikasi tersebut.
  2. Pergi ke menu ‘Payment’ dan tekan ikon ‘eBelia’
  3. Klik ‘Apply Now’ dan anda akan diarahkan ke laman web program eBelia
  4. Masukkan semua maklumat anda untuk proses verifikasi.

Sebaik sahaja akaun dan profil anda disahkan, BigPay eWallet akan menghantar notifikasi dan anda akan menerima kredit percuma RM150.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk maklumat terkini sila rujuk laman web rasmi BigPay.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More