BINGKAS 2024: Cara Permohonan, Semakan Kelayakan & Bayaran
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai bantuan Bingkas 2024 yang telah bermula pada 1 Julai 2024.
Isi Kandungan
Apa Itu BINGKAS?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik dan meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
BINGKAS bertujuan untuk
- meningkatkan kestabilan kewangan,
- mengurangkan cabaran ekonomi, dan
- memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Program BINGKAS ini dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga bagi penduduk Selangor.
Apakah Manfaat Program BINGKAS?
Manfaat-manfaat bagi program ini adalah seperti berikut:
- e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar.
- Urusniaga pembelian adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui e-Wallet BINGKAS.
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas adalah sebanyak RM300.
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak akan dibawa ke bulan hadapan.
- e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Apakah Barangan Yang Tersenarai Dalam Program BINGKAS 2024?
Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah sahaja telah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024 ini, iaitu:
Barangan Keperluan | 1. Beras 2. Mi dan Bihun 3. Roti 4. Biskut 5. Telur 6. Gula dan Garam 7. Rempah Ratus, Sos, Kicap dan sebagainya 8. Tepung 9. Minyak Masak 10. Ubat-Ubatan 11. Sayuran dan Buah-Buahan 12. Daging Ayam, Daging Lembu, Daging Kambing dan Ikan 13. Sabun, Kelengkapan Mandian dan Bahan Pencuci 14. Lampin Pakai Buang (Lampin Bayi / Dewasa) |
Produk Tenusu | 1. Susu Segar 2. Susu Tepung 3. Susu Sejat 4. Susu Pekat Manis |
Barangan Persekolahan | 1. Kasut 2. Beg 3. Buku 4. Alat Tulis 5. Pakaian Seragam |
Perihal Pendidikan | Buku Sekolah / Akademik |
Syarat Kelayakan Permohonan Bingkas 2024
Bermula 1 Julai 2024, syarat-syarat kelayakan permohonan BINGKAS adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemilih berdaftar di Selangor.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah dibawah RM 5,000.00.
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
Cara Membuat Permohonan & Semakan Status Permohonan Bingkas 2024
Permohonan dan semakan status penerima yang layak boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>Permohonan & Semakan Status BINGKAS 2024<<<
Pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk dilampirkan bersama-sama permohonan, iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan / atau Pasangan).
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk Bapa / Ibu Tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk Penjawat Awam / Pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk Pekerja Swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang Bekerja Sendiri / Tidak Bekerja).
Cara Membuat Pembelian
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi Program BINGKAS.
Justeru, semua urusniaga pembelian bagi Program BINGKAS 2024 ini sepenuhnya akan menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless) melalui Selangkah Wallett tersebut.
Untuk membuat pembelian, sila rujuk langkah-langkah berikut:
Langkah 1 | Penerima boleh mengunjungi mana-mana panel kedai Program BINGKAS 2024. Sila Rujuk Senarai Panel Kedai dahulu sebelum membuat pembelian. |
Langkah 2 | Penerima boleh memilih barangan yang ingin dibeli. |
Langkah 3 | Juruwang akan mengimbas ID Penerima di aplikasi Selangkah Wallet untuk pengesahan. |
Langkah 4 | Juruwang akan melakukan saringan untuk barangan yang tersenarai di bawah Program BINGKAS 2024. |
Langkah 5 | Kod QR terpapar pada skrin dan juruwang akan mengimbas kod QR tersebut untuk menerima bayaran. |
Langkah 6 | Penerima memasukkan nombor PIN 6-digit untuk pengesahan. |
Langkah 7 | Pengguna akan mengetik pada butang BAYAR. |
Langkah 8 | Penerima memastikan baki akaun BINGKAS adalah mencukupi. |
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau persoalan berkaitan BINGKAS 2024 ini, sila hubungi saluran-saluran hotline berikut:
- Untuk Permohonan BINGKAS & Pertanyaan Umum: 1800-22-6600 atau [email protected]
- Untuk Pengaktifan E-Wallet: 016-3254199 (WhatsApp) atau [email protected]
ATAU pemohon boleh terus rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!