Resepi Biskut Kelapa Legend & Tetap Menjadi Rebutan Pada Hari Raya

Berikut admin ingin kongsikan satu resepi biskut raya yang sering menjadi kegemaran ramai walaupun ia adalah biskut dulu-dulu, iaitu biskut kelapa.
Isi Kandungan [show]
Resepi Biskut Kelapa
Biskut kelapa tidak pernah lapuk dek zaman. Setiap kali hari raya, pasti ada peminat setia yang menanti.
Rasanya yang cukup rangup, lemak-lemak manis dengan bau kelapanya yang harum pasti tetap menjadi kegemaran dan pilihan pak cik dan mak cik pada hari raya.
Biskut kelapa ini sangat mudah untuk dibuat kerana bahan-bahannya sangat simple dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat biskut kelapa ini sangatlah simple seperti berikut:
- 140g Kelapa Kering (Selepas Bakar)
- 180g Majerin
- 150g Gula Kastor
- 1 Biji Kuning Telur
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
- ¼ Sudu Teh Garam
- 250g Tepung Gandum
- 1 Sudu Teh Serbuk Penaik
Cara Penyediaan
Pertama sekali, kita perlu menyediakan kelapa kering terlebih dahulu. Langkah-langkah untuk membuat kelapa kering homemade adalah seperti berikut:
- Masukkan kelapa parut futih fresh lebih kurang 2 biji (Sebelum Bakar).
- Buang serpihan hitam tempurung kalau ada pada kelapa parut.
- Sangai di atas api yang perlahan untuk mengelakkan hangit.
- Kerap kacau sehingga naik bau dan kelapa parut tersejat air dan menjadi kering.
- Apabila kelapa parut kelihatan sudah kekuningan sedikit dan juga menjadi ringan rangup berderai, boleh tutup api.
- Sejukkan seketika.
Selepas itu, barulah kita boleh proceed untuk membuat adunan doh seperti langkah-langkah berikut:
- Masukkan majerin dan gula kastor di dalam bekas besar.
- Kacau adunan menggunakan senduk sehingga adunan menjadi ringan dan warnanya berrtukar menjadi kuning pucat.
- Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
- Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
- Masukkan garam untuk naikkan rasa lemak.
- Ayak tepung gandum dan serbuk penaik di dalam satu bekas yang lain. Selepas ayak, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan majerin tadi sambil kacau perlahan-lahan.
- Kemudian, masukkan kelapa kering yang telah ditimbang selepas bakar lebih kurang 140 gram dan gaul rata.
- Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 15 minit supaya bahan kering meresap lembapan dan mudah untuk dicanai nanti.
- Selepas 15 minit, ambil 1 bahagian doh dan letakkan di atas board atau papan. Tutup atas doh dengan menggunakan kertas baking supaya tidak melekat.
- Ambil rolling pin dan tekan-tekan sedikit untuk mudahkan gelek rata.
- Kemudian, gelek dengan rolling pin sehingga mendapat ketebalan doh lebih kurang ½ cm. Jangan tebal sangat nanti tidak rangup dan jangan nipis sangat nanti cepat hangus.
- Guna acuan mengikut bentuk yang anda suka dan terap doh mengikut bentuk yang anda mahu.
- Susun doh yang sudah diterap diatas loyang yang dilapik dengan kertas baking.
- Preheat oven seketika dengan suhu 160 hingga 170 darjah celcius.
- Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga biskut kelihatan perang keemasan.
- Selepas bakar, sejukkan biskut seketika sebelum disimpan di dalam balang kedap udara supaya kekal rangup.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond London, Resepi Biskut Semperit, Resepi Biskut Coklat Chip, Resepi Biskut Nestum, Resepi Biskut Makmur, Resepi Cornflakes Madu.