Resepi Biskut Makmur Rangup Berlemak

Berikut admin ingin kongsikan resepi mudah untuk membuat biskut makmur yang biasanya dijadikan sebagai kuih raya pada Hari Raya Aidilfitri.
Biskut makmur adalah biskut atau kuih tradisional melayu yang diperbuat daripada kacang dalam bentuk serbuk, minyak sapi, tepung dan gula aising dan ia adalah berwarna putih dan biasanya berbentuk bulat.
Isi Kandungan
Resepi Biskut Makmur
Resepi biskut makmur ini sangat mudah untuk dibuat dan ini adalah perkongsian resepi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi terkini daripada Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat biskut makmur terbahagi kepada 3 bahagian berikut:
Bahan Untuk Doh | – 500g Tepung Gandum – 2/3 Cawan Gula Aising – 1 Tin Kecil Minyak Sapi |
Bahan Untuk Inti | – 200g Kacang Tanah, digoreng tanpa minyak – 3/4 Cawan Gula Aising – 1 Sudu Besar Mentega Kacang (pilihan) |
Bahan Untuk Salut | – Sedikit Gula Aising – Paper Cup |
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuat biskut makmur adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Goreng tanpa minyak dengan api perlahan (sangai) tepung gandum di dalam kuali. Sangai tepung gandum sekadar 4 hingga 5 minit sahaja.
- Kemudian, ayak tepung gandum bersama gula aising.
- Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
- Seterusnya, anda perlu mengoreng kacang tanah tanpa minyak. Kemudian, kisar kacang tanah tersebut dan dicampurkan bersama gula aising dan mentega kacang.
- Selepas itu, sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk mendapatkan bentuk yang sama besar.
- Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
- Susun di atas loyang dan bakar selama 10 hingga 15 minit dengan suhu 150-160 darjah celcius. Kuih mungkin agak lembut apabila disentuh ketika masih panas.
- Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond London, Resepi Biskut Semperit, Resepi Biskut Coklat Chip, Resepi Biskut Nestum.