Resepi Biskut Nestum Ranggup Dan Sangat Rapuh

Berikut adalah perkongsian resepi mudah untuk membuat biskut nestum yang pasti akan menjadi biskut kegemaran ramai di hari raya nanti.
Isi Kandungan [show]
Resepi Biskut Nestum
Resepi biskut nestum ini adalah perkongsian resepi daripada Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat biskut nestum ini, adalah seperti berikut:
Bahan Untuk Biskut | Bahan Untuk Hiasan |
---|---|
1. 125 gram Mentega (Premium Anchor Butter) 2. 1/2 cawan Gula Kastor 3. 1 sudu teh Esen Vanilla 4. 1 biji Telur 5. 1 cawan Tepung Gandum 6. 1 1/2 sudu teh Serbuk Penaik 7. 1 cawan Nestum Original, kisar halus 8. 1 cawan Nestum Original, tak perlu kisar | 1. Ceri Merah atau Hijau, hiris kecil 2. Sedikit Nestum Original, tabur diatas pinggan untuk salutan doh |
Cara Penyediaan
Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
- Untuk bahan kering, ayak tepung gandum dan serbuk penaik. Satukan dengan serbuk nestum kisar dan juga nestum yang tak kisar.
- Dalam mangkuk berasingan, pukul mentega (yang sudah dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula kastor sehingga putih dan berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla, pukul sehingga kembang.
- Masukkan bahan kering tadi. Kacau sehingga betul-betul sebati menjadi doh yang lembut.
- Rehatkan doh seketika.
- Uli menjadi bentuk bulat sebesar guli (kecil sedikit jika anda suka biskut yang kecil). Gulingkan doh di atas nestum dan susun di atas dulang yang telah digris dengan mentega.
- Tekan dengan garfu dan hiaskan dengan ceri.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 175 °C, selama 15 hingga 20 minit.
Tips Hasilkan Biskut Nestum Yang Ranggup
- Pastikan anda rehatkan doh seketika, boleh juga rehatkan doh di dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Tidak mengapa jika doh agak melekit pada mulanya. Selepas direhatkan, doh akan menjadi lebih senang diuli.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana!
Artikel Berkaitan: Resepi Biskut Almond London, Resepi Biskut Semperit, Resepi Biskut Coklat Chip.