Tips Buat Biskut Semperit Tidak Rapuh Dan Sedap Tanpa Mixer
Biskut Semperit yang tak mudah rapuh bila kita pegang rangup, tapi gebu dan cair di mulut bila dimakan mestilah ada di rumah anda pada Hari Raya yang bakal tiba nanti. Bahan-bahan nak membuatnya pun mudah sahaja, dan nak mengadun pun tak perlu guna mixer, guna senduk saja dah cukup.
Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai. Disebabkan kita sudah hampir ke menjelang Hari Raya Aidilfitri, jadi resepi biskut raya pasti sedang hangat dibicarakan sekarang kan?
Isi Kandungan
Resepi Biskut Semperit
Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?
Resepi Biskut Semperit tidak mudah rapuh dan sangat sedap ini adalah ilham daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.
Bahan-Bahan Untuk Buat Biskut Semperit
Bahan-bahan untuk semperit:
- 250g mentega
- ¾ cawan /90g gula icing
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan /120g tepung kastad
- 1 cawan / 120g tepung jagung
- 2 cawan /250g tepung gandum
- Ceri merah dan hijau
Cara Penyediaan Biskut Semperit
Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
- Potong kecil ceri merah dan hijau.
- Griskan loyang dan lapik dengan kertas baking.
- Tekan dan hancurkan mentega yang sudah lembut didalam mangkuk adunan.
- Masukkan gula icing lalu gaul sampai agak sebati tetapi jangan terlebih gaul.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla lalu teruskan menggaul sebati.
- Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan secawan tepung gandum.
- Gaul dahulu dan kemudian, masukkan cawan kedua tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menggaul sehingga adunan menjadi dan lembut.
- Rehatkan adunan seketika.
- Uli doh memanjang dan masukkan kedalam acuan.
- Terap adunan secara beralun satu persatu diatas loyang.
- Hiaskan dengan potongan ceri merah dan hijau.
- Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit.
- Ubah suhu ikut jenis oven masing-masing.
- Kemudian, biskut semperit sedap dan rapuh siap untuk dihidang.
Nota Tambahan: Bakar menggunakan api ATAS BAWAH dan hasil anggaran biskut semperit dalam lingkungan 80 biji
Tips Menghasilkan Biskut Semperit Tidak Rapuh Dan Sedap
- Jika mahu semperit yang sedap, boleh gunakan mentega tulen (pure butter) berbanding dengan mentega bergaram (salted butter).
- Pastikan mentega dilembutkan dahulu agar senang untuk diputar tetapi jangan gunakan mentega yang cair. Cukup sekadar mentega yang lembut tetapi masih dalam keadaan yang sejuk.
- Jika gula icing berketul, boleh ayak gula icing sebelum dimasukkan ke dalam adunan
- Elakkan menggacau adunan berlebihan supaya adunan tidak menjadi terlalu kembang dan menyebabkan bunga jatuh atau tidak menjadi.
- Jika adunan terlebih tepung, boleh tambah mentega lembut dan uli sedikit demi sedikit sehingga adunan kembali lembut.
- Jadi, pentingnya untuk masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit supaya dapat mengagak adunan sehingga menjadi.
- Semasa sedang terap adunan kuih, tutup adunan dengan kain dahulu supaya adunan tidak kering.
- Jika mahu bunga kuih semperit kekal bentuknya dan tidak cair apabila dibakar, rehatkan dalam masa setengah jam dibawah kipas dan biarkan kering serta keras permukaannya sebelum dibakar.
Credit Sumber: Che Nom
Jika anda mahu biskut semperit raya anda tidak mudah rapuh dan sedap seperti video di atas. Anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!
Diharapkan semoga perkongsian tentang resepi dan tips menghasilkan Biskut Semperit yang sedap ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk membuat biskut raya. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!