Terkini | Boleh Rentas Negeri Selepas 80 Peratus Rakyat Divaksin
Boleh rentas negeri selepas 80% rakyat divaksin. Ya… itulah yang akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin COVID-19. Berkata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, buat masa ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum mempertimbangkan kebenaran merentas daerah dan negeri walaupun program vaksinasi sudah bermula.
“Kita menjangkakan negara mencapai imuniti kelompok dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi. Kedua-dua pendekatan ini dijalankan seiring sehingga kita mendapatkan imuniti kelompok iaitu 70 hingga 80 peratus daripada rakyat kita sudah diberikan vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi libat urus KKM bersama media yang berlangsung secara dalam talian, hari ini. Sebaik negara mencapai tahap imuniti kelompok yang disasarkan, Dr Noor Hisham berkata, pertimbangan turut diberikan untuk perjalanan rentas negara.
“Kita sudah ada perbincangan berhubung pasport imuniti sama ada kita boleh merentas negeri, negara dan sebagainya tetapi ini memerlukan data dari negara lain juga. Namun perkara ini masih dalam penelitian kerana kita memerlukan lebih banyak data. Mungkin dalam tempoh enam hingga sembilan bulan ini, kita boleh mendapatkan data terbabit. Jika negara kita dan negara lain sudah mencapai imuniti kelompok, mungkin kita akan pertimbangkan (perjalanan rentas negara),” katanya.
Mengulas lanjut mengenai imuniti kelompok, beliau berkata jangkaan dan penilaian yang dibuat KKM adalah berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Isi Kandungan
PENDAFTARAN PENERIMA VAKSIN COVID-19 MENERUSI LIMA KAEDAH
Beliau berkata, mereka boleh berbuat demikian menerusi lima kaedah termasuk menggunakan aplikasi MySejahtera.
“Sekiranya tiada MySejahtera, orang ramai boleh mengakses laman sesawang (Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid19-JKJAV) yang akan dilancarkan Perdana Menteri pada minggu depan.
“Selain itu, talian hotline (nombor ditetapkan kemudian), pendaftaran penerima vaksin secara manual di klinik dan hospital awam serta swasta dan kelima, jika berada di kawasan pedalaman, kita akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mendaftarkan penerima termasuk warga emas,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang disiarkan malam tadi, bertajuk “Vaksin: Kendurkan Ketegangan dan Kerisauan terhadap Covid-19.”
Khairy yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mengulangi program vaksinasi akan dimulakan dengan petugas barisan hadapan.
“Saya terima banyak permohonan supaya ditakrifkan (pemohon) sebagai ‘frontliners’ namun kita akan menilai setiap permohonan.
“Saya boleh sahkan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) adalah orang pertama akan menerima vaksin Pfizer dan kemudiannya Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah), doktor, jururawat dan lain-lain lagi. Menteri-menteri kemudian sikit,” katanya.
TIGA FASA PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Pada 4 Februari lalu, Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara tiga fasa mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin itu yang akan diberikan secara percuma.
Fasa pertama dari Februari hingga April untuk kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan yang terbabit secara langsung dalam memerangi wabak itu, sementara fasa kedua dari April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).
Fasa ketiga adalah bagi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.
Pada 8 Januari lalu, Khairy mengumumkan vaksin Pfizer-BioNTech berjaya didaftar oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), sekali gus memberi kelulusan bersyarat untuk penggunaan vaksin itu di negara ini.
Selain Malaysia, 49 negara lain turut memberi kelulusan terhadap vaksin berkenaan dengan sebahagian negara terbabit mula menggunakan vaksin itu.
Untuk rekod, vaksin Pfizer menjadi vaksin Covid-19 yang pertama mendapat perakuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan kecemasan.
CARA DAFTAR UNTUK VAKSIN DI APLIKASI MY SEJAHTERA
Suntikan Vaksin Covid-19 kini dibuka untuk pendaftaran. Rakyat Malaysia kini boleh mendaftarkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera. Pendaftaran untuk mendapat vaksin disediakan di kedua-dua aplikasi versi iOS dan Android. Namun, pengguna perlu mengemas kini atau memuatnaik aplikasi MySejahtera sebelum boleh berbuat demikian.
CARA DAFTAR KLIK DISINI
Sumber : BERITA HARIAN, HARIAN METRO