BPN Fasa 2 Official : Permohonan Rayuan dan Baru Dibayar mulai 15 – 20 Mei 2020
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional BPN Fasa 2 telah bermula pada 4 Mei 2020 yang lalu.
Bagi pemohon B40 akan menerima bayaran BPN Fasa 2 pada 4 – 13 Mei 2020 manakala pemohon M40, pembayaran akan dibuat secara berkala pada 13 – 15 Mei 2020.
Walaubagaimanapun, bagi permohonan BPN kategori rayuan dan baru, anda dinasihatkan membuat semakan status permohonan dari masa ke semasa kerana pembayaran akan di buat secara sekaligus bermula pada 15 – 20 Mei 2020.
Cara Semakan Pembayaran BPN Fasa 2
Pendaftaran BPN dan semakan status kelulusan, hanya boleh dibuat melalui pautan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) atau https://bpn.hasil.gov.my/
Bagi penerima M40, anda tidak perlu membuat semakan, kerana bagi pemohon yang berkelayakkan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, pembayaran Fasa 2 akan dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah di daftar di dalam data percukaian LHDNM (seperti pembayaran pada Fasa 1).
Untuk makluman, sekiranya anda telah buat semakan dan mendapati status permohonan anda bertukar daripada LAYAK kepada TIDAK LAYAK, ada beberapa sebab yang menyebabkan ia berlaku :-
- Duplikasi permohonan :
Permohonan suami dan isteri telah diluluskan secara berasingan. Ini bermaksud permohonan dua kali, sedangkan satu keluarga hanya seorang sahaja yang boleh mohon.
- Pemohon / pasangan mempunyai syarikat :
Semakan BPN mendapati pemohon / pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data agensi (SSM). Walau bagaimanapun, pemohon boleh memohon Geran Khas Prihatin (GKP) melalui jika berkelayakan.
- Pendapatan melebihi kelayakan :
Semakan data agensi mendapati pendapatan Bujang / Isi Rumah melebihi kelayakan yang sepatutnya.
- Menetap luar negara :
Pemohon berada di luar negara.
Sekiranya setelah membuat semakan, status semakan adalah ‘TIADA REKOD’, anda boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang ‘PERMOHONAN’.
Status “DALAM PROSES” akan dipaparkan apabila status permohonan anda sedang diproses dan disemak . Dalam proses bermaksud permohonan anda sedang dalam proses semakan kelayakan oleh LHDN sama ada permohonan anda LULUS atau GAGAL.
dan seterusnya memasukkan maklumat berikut :-
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (No I/C);
- Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
- Keputusan akan dipaparkan.
Semoga dengan pengkongsian ini dapat membantu dan memudahkan anda untuk membuat semakan status permohonan BPN Fasa 2 ini. Sebarang maklumat lanjutan anda boleh dapati di laman web LHDN seperti yang di atas.