BSN SSP 2024: Tarikh Cabutan, Cara Daftar & Cara Semak Pemenang
Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai BSN SSP bagi tahun 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu BSN SSP?
BSN SSP adalah Sijil Simpanan Premium (SSP) di Bank Simpanan Nasional (BSN) yang merupakan produk simpanan BSN yang unik sejak tahun 1978.
Berbeza dengan simpanan biasa, SSP adalah satu simpanan berbentuk pelaburan patuh syariah yang menawarkan pulangan dividen setiap tahun.
Berdasarkan dokumen Terma dan Syarat yang disediakan oleh pihak BSN, ia ‘dikendalikan mengikut prinsip Mudharabah serta tertakluk kepada Akta Bank Simpanan Nasional (BSN) 1974’ dan ‘menggunakan kaedah PER (Profit Equalisation Reserve) dalam menguruskan pulangan ke atas deposit akaun-akaun di bawah konsep Mudharabah.’
Tempoh Kempen
Tempoh kempen bagi tahun 2024 adalah antara 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.
Kempen ini terbuka kepada akaun BSN Individu sahaja. Akaun Bersama dan Amanah adalah tidak dibenarkan.
Kategori BSN SSP 2024
Dengan 10 kategori untuk tahun 2024, daripada Cabutan Jutawan hingga ke Cabutan Ulang Tahun ke-50 yang baru diperkenalkan, anda mungkin pemenang seterusnya!
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kategori-kategori yang disediakan sepanjang kempen berlangsung, iaitu
Kategori | Syarat Kelayakan | Hadiah |
---|---|---|
Cabutan Jutawan | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM3,000. 3. Tempoh simpanan minimum adalah enam puluh (60) hari. Tidak terpakai untuk Cabutan pada bulan November. | – BSN SSP RM1,000,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga November). – Bulan Cabutan Istimewa: Cabutan November: Guru dan Pekerja Barisan Hadapan. – BSN SSP RM2,000,000 x 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah Disember). |
Cabutan Bulanan | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM10. | – Hadiah Pertama: BSN SSP RM100,000 x 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). – Hadiah Kedua: BSN SSP RM10,000 x 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). |
Cabutan Ulang Tahun BSN Ke-50 | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM500 | – Hadiah Utama: Audi Q3 x 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah Mei). – Hadiah Utama: BMW iX1 x 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah November). – Hadiah Bulanan: BSN SSP RM50,000 x 5 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). – Hadiah Mingguan: BSN SSP RM500 x 50 setiap minggu (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). |
Cabutan Simpan Konsisten | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM100. 3. Simpanan berterusan minimum tiga (3) bulan secara berturut-turut bulan bermula Januari 2024. 4. Gandaan Penyertaan bagi penyimpan yang membuat simpanan berterusan selama 12 bulan berturut-turut. | – Hadiah Utama: Mercedes A200 Sedan X 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah Mac). – Hadiah Utama: Mini Cooper Countryman X 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah Jun). – Hadiah Utama: Volvo XC40 Recharge x 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah September). – Hadiah Utama: BMW i4 Gran Coupe x 1 pemenang (Bulan Cabutan adalah Disember). – Hadiah Pertama: BSN SSP RM10,000 x 2 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Mac, Jun, September & Disember). |
Cabutan Wilayah | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM500. | – Hadiah Utama: Perodua Myvi 1.5 Auto X 1 setiap wilayah (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). – Hadiah Saguhati: BSN SSP RM200 x 300 setiap wilayah (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). Pembahagian Wilayah adalah seperti berikut: 1. Utara: Kedah / Perlis, Pulau Pinang, Perak 2. Selatan: Negeri Sembilan, Melaka, Johor 3. Pantai Timur: Pahang, Terengganu, Kelantan 4. Tengah: Kuala Lumpur, Selangor 5. Malaysia Timur: Sabah, Sarawak |
Cabutan Penyimpan Muda | 1. Individu berumur 12 hingga 21 tahun. Had umur Pelanggan yang layak adalah 21 tahun, 11 bulan dan 30 hari. 2. Simpanan minimum adalah RM100. | – Hadiah Pertama: Baucar Apple bernilai RM20,000 X 2 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Mac, Jun, September & Disember). – Hadiah Kedua: Baucar Apple bernilai RM10,000 X 2 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Mac, Jun, September & Disember). – Hadiah Ketiga: BSN SSP RM5,000 X 3 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Mac, Jun, September & Disember). |
Cabutan Kesetiaan | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM500. 3. Tempoh simpanan minimum adalah 20 tahun dan ke atas. | – Hadiah Pertama: BSN SSP RM50,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Kedua: BSN SSP RM30,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Ketiga: BSN SSP RM5,000 x 3 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). |
Cabutan Penyimpan Baru | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM500 dan Pelanggan baharu bank. Pelanggan baharu bank merupakan akaun BSN SSP yang dibuka 12 bulan sebelum tarikh cabutan. | – Hadiah Pertama: BSN SSP RM50,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Kedua: BSN SSP RM30,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Ketiga: BSN SSP RM5,000 x 3 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). |
Cabutan Istimewa Guru & Pekerja Barisan Hadapan | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Simpanan minimum adalah RM500. | – Hadiah Pertama: BSN SSP RM50,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). – Hadiah Kedua: BSN SSP RM10,000 x 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Januari hingga Disember). |
Cabutan Akaun Gaji (Gandaan Penyertaan) | 1. Individu berumur 12 tahun ke atas. 2. Pelanggan mestilah pemegang akaun gaji BSN. 3. Simpanan minimum adalah RM500 dan purata baki RM1,000 dalam akaun gaji sebelum tarikh cabutan. | – Hadiah Pertama: BSN SSP RM50,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Kedua: BSN SSP RM30,000 X 1 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). – Hadiah Ketiga: BSN SSP RM5,000 x 3 setiap bulan cabutan (Bulan Cabutan adalah Februari, Mei, Ogos & November). |
Bonus Tambahan: Bagi penyimpan lima (5) tahun dan keatas, tambah simpanan minimum RM500 untuk gandaan penyertaan bagi cabutan seterusnya.
Tarikh Cabutan BSN SSP 2024
Setiap proses Cabutan akan ditayangkan secara rasmi melalui Facebook Live BSN. Berikut merupakan Tarikh Cabutan yang telah diterbitkan oleh pihak BSN adalah seperti berikut:
Cara Daftar Cabutan
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kempen ini, anda boleh berbuat demikian melalui salah satu kaedah di bawah:
- Mengunjungi mana-mana cawangan BSN.
- Mendafftar secara dalam talian (online) di halaman berikut:
Cara Semak Pemenang Cabutan
Untuk menyemak senarai pemenang cabutan, sila layari halaman berikut:
>>>Keputusan Cabutan SSP BSN<<<
Anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau no sijil SSP anda.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!