8 Tempat Menarik Di Bukit Fraser
Bukit Fraser adalah destinasi peranginan tanah tinggi yang terletak di antara pergunungan Pahang yang jaraknya hanya dua jam dari Kuala Lumpur. Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius. Sangat sesuai tempat ini dijadikan tempat untuk berbulan madu bersama pasangan anda. Pasti bulan madu anda menjadi satu kenangan yang sangat indah.
Nama bukit ini diambil sempena nama pengembara British iaitu Louis James Fraser maka kebanyakan bangunan disini dipengaruhi oleh kolonial era british. Bukit ini juga dikenali sebagai ” The Little England Of Malaysia”. Suasana dan pemandangan disini memang sangat cantik dan unik.
Terdapat bnyak tempat menarik di Bukit Fraser untuk dikunjungi oleh pengunjung.
Isi Kandungan
1.Fraser’s Hill Strawberry Garden
Fraser’s Hill Strawberry Garden yang diuruskan dan dimiliki oleh Aida Daniya Restaurant dan English Teahouse adalah ladang strawberi yang terletak di jalan utama menuju Air Terjun Jeriau. Tempat ini menjadi tarikan pelancong kerana mempunyai ladang strawberi hidroponik di mana pengunjung boleh memilih dan mengumpulkan strawberi untuk ditimbang dan dibawa balik.
2. Taman Awan
Taman Awam di Bukit Fraser terletak di sepanjang Pine Tree Road di sebelah Food Garden. Taman ini dapat diakses dengan mengikuti kiri dari bulatan setelah keluar dari Jurang. masuk ke taman ini adalah percuma dan tempat ini sangat sesuai untuk bercuti dengan keluarga pada hujung minggu.
Pada hujung minggu dan cuti umum, terdapat gerai yang menjual makanan dan juga permainan meniup buih sabun untuk anak-anak.
3. Air Terjun Jeriau
Air terjun Jeriau adalah tarikan semula jadi yang popular disini dan terletak kira-kira 4km dari pusat bandar Bukit Fraser. Suasananya yang tenang disini mejadi pilihan pengunjung yang ingin berehat dari kesibukan kerja.Tempat ini juga sesuai untuk dijadikan tempat perkelahan bersama keluarga kerana kawasanya yang luas serta mempunyai pondok rehat.
4. Allan’s Water
Allan’s Water adalah tasik kecil yang terletak di sudut kecil sebelum Jelai Highland Resort di Jalan Ampang Road bersebelahan dengan Edible Garden. Ia dijadikan taman untuk aktiviti rekreasi dan berperahu daripada takungan yang tidak digunakan selama bertahun-tahun. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang
Taman ini merupakan tarikan utama pelancong di Bukit Fraser semasa cuti umum. Di sekitar tasik terdapat deretan pohon dan semak tebal yang memancarkan ketenangan semula jadi. Burung-burung yang bertenggek di puncak pohon adalah pemandangan menarik, bersama dengan tupai dan monyet yang boleh dilihat disini.
5.Bird Interpretive Center
Bird Interpretive Center adalah galeri spesies burung tempatan dan migrasi yang direkodkan dari Fraser’s Hill. Tempat ini terletak di dalam Kompleks Sukan di seberang Puncak Inn Hotel di bulatan bandar Bukit Fraser. Masuk adalah percuma dan ia dibuka pada hujung minggu dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. Pada hari bekerja pengunjung boleh meminta kakitangan Puncak Inn untuk membuka pintunya.
Tempat ini dibina untuk memerhatikan burung yang berhijrah dan ia merupakan salah satu tarikan utama di Fraser Hill. Lebih dari 250 spesies burung telah direkodkan di sini seperti spesies burung enggang, burung merpati, burung, helang dan spesies burung lain. Pada musim-musim tertentu, burung-burung yang bermigrasi dari Rusia, Jepun dan China mengunjungi Bukit Fraser untuk lari dari musim sejuk yang membeku.
6.Sanyi Orchid Garden
Sanyi Orchid Garden adalah taman semaian bunga orkid yang terletak di sebelah jalan utama di seberang Banglo Abu Suradi . Taman ini mempunyai pelbagai spesies bunga orkid dari dalam dan luar negara untuk dijual kepada pengunjung.
Taman inid dibuka setiap hari dari pagi hingga petang, masuk untuk pengunjung adalah percuma.
7. Edible Garden
Edible Garden adalah ladang pertanian yang terletak di sebelah Allan’s Water di Jalan Ampang. Sebagai tarikan kepada pelancong, ladang ini menawarkan bengkel berkebun percuma kepada pengunjung yang berminat.
Pengunjung juga boleh membeli tanaman hiasan dan bunga, mendapatkan benih dan juga sayur sayuran dan buah buahan segar yang ditanam disitu termasuk buah strawberi. Ladang ini dibuka setiap hari dari pagi hingga petang.
8.The Paddock
The Paddock adalah pusat berkuda untuk aktiviti menunggang kuda di Bukit Fraser. Terletak di sepanjang Jalan Lembah tepat sebelum bulatan Glen Bungalow pengunjung boleh menunggang kuda lumba yang sudah bersara di sekitar lorong kecil dengan harga murah.
Disini juga terdapat kawasan memanah di bahagian bawah lereng berhampiran pintu masuk. Tempat ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4 petang setiap hari kecuali hari Sabtu dan cuti umum ia ditutup pada pukul 5 petang.
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Tempat Menarik Di Bukit Fraser akan memberi sedikit info dan gambaran berkenaan tempat ini. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan tempat menarik dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my.Terima Kasih
MENARIK UNTUK DILAWATI: Gold Coast Melaka, 20 Hotel Menarik Cameron Highland, Rumah Terbalik Melaka