Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 adalah sebuah buku yang terkandung dalamnya hampir semua prosedur dan juga bidang tugas yang berkaitan dengan pengurusan murid di sekolah.

Buku Pengurusan HEM 2021
Photo by Olya Kobruseva from Pexels

 

Isi Kandungan

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021

 

Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 boleh dijadikan panduan buat guru-guru, terutama bagi membuat persediaan sebelum pembukaan sekolah bulan Mac ini. Buku ini menyenaraikan beberapa prosedur serta bidang tugas guru dalam menguruskan murid-murid di sekolah. Antara isi kandungan Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 ini adalah seperti berikut:

 

1.  Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Menyediakan rancangan tahunan untuk program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di sekolah.
  • Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bukan pelajar.
  • Merancang, mengawal selia dan mengemaskini inventori pelajar.
  • Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.
  • Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

2. Jawatankuasa Unit Disiplin

Bidang Tugas Lembaga Disiplin Sekolah (Guru Disiplin)

  • Menyediakan Buku Peraturan Sekolah dan Carta Aliran Tindakan Tatatertib Murid.
  • Membuat kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan menyempurnakan pelaksanaan peraturan tatatertib murid.
  • Membantu ahli lembaga pengawas melantik pengawas-pengawas serta membuat penilaian pengawas yang dilantik dari semasa ke semasa.
  • Mengesyorkan tindakan tatatertib/disiplin tertentu atas kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh murid untuk pertimbangan Guru Besar.
  • Menentukan syarat-syarat yang harus dipatuhi oleh seorang pengawas.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

Bidang Tugas Disiplin Murid (Guru Kelas) : “Disiplin Murid Adalah Tanggungjawab Bersama’

  • Rekod Disiplin (Buku Kawalan Kelas) adalah dokumen penting.
  • Guru-guru matapelajaran dikehendaki mencatat salah laku murid dalam Buku Kawalan Kelas.
  • Salah laku disiplin hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin / Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM).
  • Buku Kawalan Kelas (BKK) disimpan di pejabat dan dipulangkan semula ke pejabat pada waktu akhir.
  • Di luar kelas, salah laku murid dicatat dalam Buku Log Ketua Pengawas.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

3. Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah

Bidang Tugas Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah

  • Menguruskan hal pencalonan dan perlantikan pengawas-pengawas.
  • Menguruskan ucapan perlantikan pengawas.
  • Menyelia pengawas-pengawas dan memastikan mereka menjalankan tugas dengan sempurna dan menjaga disiplin diri.
  • Menguruskan kem kepimpinan bagi memilih pengawas.
  • Menjaga kebajikan pengawas.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

4. Jawatankuasa Dokumen dan Data Murid

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Menguruskan, merekod dan mengemaskini rekod pendaftaran murid Tahun 1 (Guru Kelas Tahun 1).
  • Menyemak buku kedatangan harian murid dan memastikannya setiap bulan.
  • Menyemak dan memastikan kemasukan/penempatan murid dibuat oleh guru yang berkenaan. Memastikan buku pendaftaran pelajar dijaga dengan rapi dan setiap pelajar baru diberi nombor pendaftaran sekolah.
  • Menyediakan data enrolmen pelajar mengikut darjah, kelas, kaum, jantina. dan kewarganegaraan.
  • Menyediakan data/maklumat guru mengikut jantina, gred, kategori, opsyen dan lain-lain.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

5. Jawatankuasa Kebajikan Murid (KWAPM)/ Skim Tabungan, Takaful dan Biasiswa

Bidang Kuasa Jawatankuasa Kebajikan Murid

  • Di awal tahun, mengenal pasti murid-murid dari kalangan anak yatim, yatim piatu dan dari keluarga yang kurang berkemampuan (miskin) daripada guru. Menemuduga dan mengkaji kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan kebajikan.
  • Menyediakan borang permohonan, mengumpul data dan menyimpan rekod murid-murid yang telah dikenalpasti memerlukan bantuan khusus seperti pelajar miskin, kemalangan, kematian atau kecemasan/bencana.
  • Merancang, mengurus dan menyelia program yang berkaitan dengan kebajikan murid sebagai contoh sumbangan kematian ibu bapa murid dan murid yang ditimpa kemalangan teruk.
  • Mengurus, mengelola dan menyalurkan sumbangan derma dari pihak kerajaan dan pihak individu seperti Bantuan KWAPM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pusat Zakat, mengurus penyertaan Skim Insuran Murid dan Program Menabung.
  • Mengurus kutipan dari murid-murid untuk badan-badan tertentu atas arahan pekeliling Kementerian/Jabatan seperti Hari Pahlawan, Kanak-Kanak Terencat Akal, dan sebagainya.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

6. Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Menguruskan kemudahan rawatan murid dan memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti rekod kesihatan murid.
  • Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi.
  • Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna. Mengumpulkan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas/penyelaras kelas.
  • Menentukan semua murid sihat daripada penyakit-penyakit yang berjangkit semasa berada di sekolah.
  • Jika terdapat laporan atau diketahui murid-murid sakit berjangkit berada di sekolah, hendaklah berikhtiar menghantarnya balik ke rumah atau ke hospital dan mengambil langkah-langkah keselamatan seterusnya.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

7. Jawatankuasa Pengurusan Kantin

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pelajaran/Kesihatan.
  • Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian.
  • Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan.
  • Memastikan makanan halal.
  • Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

8. Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks
  • Borang permohonan SPBT
  • Mesyuarat Jawatankuasa SPBT
  • Keputusan Permohonan Murid
  • Membuat pesanan buku
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

9. Jawatankuasa Pengurusan SPLG/RMT/PS1M

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa RMT
  • Edarkan borang maklumat murid (RMT) kepada murid yang layak. Pemilihan murid RMT dibuat dengan bantuan guru-guru kelas berpandukan kepada pendapatan penjaga dan bilangan adik-beradik.
  • Tentukan murid-murid yang layak sahaja terima bantuan RMT. Semua borang-borang hendaklah disimpan untuk diaudit. (Borang KP/RMT/C @ C1). Pengesahan borang-borang hendaklah dilakukan oleh majikan wakil rakyat, Pegawai Daerah, Ketua Kampung dan Pegawai Kanan Kerajaan Kategori A. Guru Besar atau guru-guru tidak boleh membuat pengesahan di borang.
  • Memilih menu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah dikehendaki memilih 10 jenis untuk digunakan sepanjang 2 minggu.
  • Menyediakan jadual tugas guru mengawasi murid dan guru yang bertugas mesti mencatat kedatangan murid-murid dalam buku rekod kedatangan murid RMT.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

10. Jawatankuasa Keselamatan/Keceriaan/Kebersihan (3K)

Bidang Tugas Jawatankuasa

  • Merancang langkah-langkah keselamatan bersama Guru Besar.
  • Bersama-sama dengan Guru Besar, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah Kebakaran/Latihan Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya 2 tahun sekali.
  • Jurujual dikehendaki berurusan dahulu dengan pejabat dan mendapat kebenaran secara bertulis daripada Guru Besar untuk berjumpa guru-guru.
  • Menyelaras program-program kebakaran, keselamatan, keceriaan, kebersihan dan program lain diperingkat sekolah.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
  • dan lain-lain tugas berkaitan.

 

Dapatkan ” BUKU PENGURUSAN HAL EHWAL

MURID (HEM) 2021 ” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Untuk panduan lengkap, dan senarai lanjut bidang tugas, anda boleh download Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 di pautan di atas. semoga bermanfaat.

 

Penutup

 

Dengan perkongsian Buku Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 2021 ini, diharap dapat membantu guru-guru dan murid-murid untuk persediaan sebelum pembukaan sesi persekolahan tak lama lagi. Moga bermanfaat buat semua pembaca TCER.my.

Untuk lebih maklumat terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

KPM Benarkan Pelajar Pakai Pakaian Biasa Ke Sekolah

55,000 Guru Akan Disuntik Vaksin Sebelum Sekolah Dibuka

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More