Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024

Berikut dikongsikan mengenai Bulan Malaysia Sihat Sejahtera yang disambut pada sepanjang bulan September setiap tahun.

Isi Kandungan

Apa Itu Bulan Malaysia Sihat Sejahtera?

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) atau dikenali sebagai Wellness Month adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Wellness Month merupakan penjenamaan semula BMSS dan akan disambut pada bulan September setiap tahun. 

Tujuannya adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat dengan pendekatan whole of nation.

Selain itu, objektif khusus BMSS adalah untuk

  • meningkatkan literasi kesihatan rakyat; dan
  • mengukuhkan solidariti promosi kesihatan melalui kolaborasi antara agensi Kerajaan, swasta, NGO dan komuniti.

Selari dengan halatuju KKM untuk beralih fokus daripada sick care (medical responsibility) kepada health care (health ownership), sambutan Wellness Month ini menggunakan pendekatan pencegahan dalam promosi pembudayaan hidup sihat dan ia bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan (lifestyle immunity) dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit, malah demi penuaan yang sihat (healthy aging).

Justeru, bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, satu program yang dikenali sebagai BMSS telah dilancarkan. 

Program ini merangkuimi pelbagai aktiviti dan ceramah kesihatan yang melibatkan komuniti, sekolah dan organisasi untuk meningkatkan kesedaran rakyat secara menyeluruh.

Domain Utama BMSS

Program / aktiviti Wellness Month akan memfokuskan kepada lima domain pembudayaan hidup sihat seperti berikut:

Minda SihatKekal berhubung dengan keluarga dan rakan, alam semulajadi, kerohanian, kreativiti dan lain-lain.
Aktiviti FizikalKekal bergerak aktif secara fizikal mengikut kesesuaian dan kemampuan diri.
Pemakanan Sihat Dan SelamatMakan secara sihat dan selamat. Contohnya, Amalan Suku-Suku Separuh.
Pencegahan Tingkah LakuBebas tembakau, alkohol dan bahan terlarang (substance abuse).
Kebersihan Dan KesihatanKebersihan diri dan persekitaran, penjagaan kesihatan gigi.

Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024

Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera peringkat Kebangsaan bagi tahun 2024 ini akan diadakan di  Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 8 September 2024 (Ahad).

Pelancaran tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim. 

Sambutan tersebut akan berlangsung bermula 6 hingga 8 September 2024 dan semua aktiviti akan bermula pada jam 7 pagi sehingga 7 petang. 

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera akan berlangsung sepanjang bulan September, tetapi sambutan pada peringkat Kebangsaan hanya berlangsung pada 6 hingga 8 September 2024 sahaja.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 1

Aktiviti & Zon Sambutan BMSS Peringkat Kebangsaan

Terdapat beberapa zon yang dibahagikan pada hari sambutan tersebut & aktiviti yang diadakan sempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera tahun 2024 peringkat Kebangsaan.

Antaranya adalah seperti ketetapan berikut:

Aktiviti
Zon Saringan Kesihatan1. Saringan Kesihatan
2. Pemeriksaan Pergigian
3. Pap Smear
4. Mammogram
5. HPV
6. Konsultasi
Zon Aktif1. Rowing Challenge
2. Fitness Challenge
3. Sport Rehabilitation
4. Bola Keranjang
5. VR Gaming
6. One Two Jus
7. Lumba Langkah
8. Kayuh Kilat
9. Ragbi Target
10. Sub Soccer
11. Supa Dupa
Zon Hijau & Segar1. Bengkel Upcycling
2. Bengkel Hidroponik
3. Bengkel Sisa Makanan
4. Photo Booth
5. Smoker Face
6. Reckitt Benckiser
7. Rakan Muda
8. Thrash to Cash-SWCorp
9. Celcom Digi
Zon Perangi Gula1. Galeri Zon Perangi Gula
2. Permainan Interaktif
3. VR Makan Sihat
4. Kids Corner
5. Jom Baca Label & Healthier Choice Label
6. Chit Chat Corner
7. Eateries Corner
8. Office Corner
9. Supermarket Tour
10. Diabetic Tour
Zon Minda Sihat1. Face Painting
2. Sand Art 
3. Gubahan Kreatif
4. Bar Bunga
5. Origami
6. Wau Bulan 
7. Stimulasi Sukan Golf
8. Terapi Minda
9. Shopee
Zon Khemah Utama1. Zumbaton
2. Majlis Pelancaran BMSS
3. Pertandingan Lompat Tali
4. Jelajah ANMS
5. 3R Fashion Show
6. Cabaran Bersama KOL
7. Pertandingan Mewarna
8. Pertandingan Gubahan Kreatif
9. Cabutan Bertuah
Zon Pentas Mini1. Santai Buskers
2. Pocker Talk + Kahoot
3. Seavanger Hunt
4. Pertandingan Explorace Sihat
Zon WoW1. Nintendo
2. Archery
3. Bean Bag Toes
4. VR PS5
5. VR Smart Trainer Bike
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 2
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 3
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 4

Aktiviti Sambutan BMSS Peringkat Negeri / Daerah

Berikut pula adalah poster-poster aktiviti sambutan BMSS bagi peringkat negeri / daerah di seluruh Malaysia bagi tahun 2024.

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 5
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 6
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 7
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 8
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 9
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 10
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 11
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 12
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Tahun 2024 13

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (Wellness Month) ini, sila layari portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More