Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cagar emas di Pos ArRahnu, menang hadiah lumayan!

Dalam situasi ekonomi yang boleh dianggap masih bertatih selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai yang terkesan dari segi kewangan terutama golongan peniaga kecil. Di sinilah peranan emas bermula, ia boleh menjadi penyelamat dalam situasi genting. Barangan emas yang dilaburkan atau dicagarkan boleh dijadikan pusingan modal perniagaan atau untuk kegunaan peribadi.

cagar

Percaya atau tidak Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bukan sekadar tempat untuk membuat pengeposan barang, membeli setem dan membayar bil tetapi turut menyediakan perkhidmatan pajak gadai Islam berkonsepkan tawarruq, penjualan emas jongkong, belian emas terpakai, perkhidmatan simpanan barang kemas/emas, penilaian zakat emas dan cuci emas.

Kenapa Perlu Cagar Emas Di Pos ArRahnu?

Kenapa kita perlu memilih Pos ArRahnu? Prosesnya yang mudah dan cepat. Pos ArRahnu tidak memerlukan dokumen seperti penyata bank atau slip gaji. Hanya bawa emas untuk dicagarkan.

cagar emas

Dengan Pos ArRahnu, peminjam kurang risiko berdepan tindakan saman atau bankrup jika tiada kemampuan membayar balik pinjaman. Peminjam diberikan masa sehingga 6 bulan untuk menebus kembali emas yang dipajakkan.

Jika tidak mampu, peminjam boleh melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan lagi. Peminjam akan diberikan 3 kali notis sebelum Pos ArRahnu melelong emas untuk membiayai jumlah pinjaman + upah simpan yang peminjam tidak mampu bayar.
Pos ArRahnu juga menawarkan pembayaran yang fleksibel. Pinjaman boleh dibayar secara ansuran sama ada mingguan atau bulanan. Ini memberi manfaat kepada peniaga kecil yang bergantung kepada keuntungan secara harian.

Pos ArRahnu juga menawarkan kadar upah yang rendah, berbanding pajak gadai konvensional. Sebagai contoh,Pos ArRahnu menawarkan upah simpan serendahRM0.56 bagi setiap RM100 nilai marhun* (emas) sebulan. Berikut adalah penjimatan dengan Pos ArRahnu.

Sumber Sinar Harian

Artikel Penuh : Data percuma 1GB dilanjut hingga 31 Julai

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More