Sumber Rujukan Globalisasi Anda

“Call Je Polis Jika Jiran Ganggu Ketenteraman” – Abang Polis

Call Je Polis terdekat sekiranya Jiran ganggu ketenteraman? Kalau dah nama hidup berjiran ni mestilah kena bertolak ansur antara satu sama lain. Barulah hidup berjiran sentiasa positif dan saling membantu jika kita dalam kesusahan.

Isi Kandungan

Senarai Tugas Pegawai Polis

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

  • menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;
  • memproses risikan keselamatan;
  • menjalankan pendakwaan;
  • memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;
  • memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;
  • melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;
  • mempamerkan maklumat;
  • melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;
  • menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;
  • memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;
  • melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;
  • menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan
  • menjaga ketenteraman didalamnya dan 
    mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam. Sumber ini dipetik dari laman sesawan Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia.

Peranan Angota Polis Dalam Menjaga Ketenteraman Awam

Tapi tidak dinafikan juga jika ada sesetengah orang terpaksa berhadapan dengan jenis jiran yang tiada rasa hormat. Antaranya membuat bising atau buat apa saja tanpa pedulikan keselesaan jiran yang lain. Jika korang berdepan dengan situasi ini, apa yang korang akan lakukan?

CALL JE POLIS

Jadi, menerusi laman Tiktok Ayahlzz yang merupakan seorang anggota polis menjelaskan bahawa jika berlaku situasi seperti jiran mebuat bising atau jiran ganggu ketenteraman, orang awam boleh sahaja membuat laporan di mana-mana Balai Polis berdekatan.

Kes seperti ini adalah menganggu ketenteraman awam. Jadi, kepada sesiapa yang berdepan dengan situasi ini, jangan sesekali takut segeralah membuat laporan. Kalau ada telefon, call je polis ye.

Boleh juga lihat di sini.

Jiran sepakat membawa berkat

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. Jiran sangat penting kerana mereka menjadi sahabat dan orang yang rapat dengan kita. Mereka akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan. Oleh itu, jiran sepakat membawa berkat perlu diamalkan oleh masyarakat hari ini.

Jiran penting untuk memupuk hubungan baik antara jiran. Hubungan baik dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti ini, mereka dapat berkenalan dan bertanya khabar antara satu sama lain. Kesannya, hubungan sesama jiran semakin erat. Kerjasama yang erat ini bertepatan dengan peribahasa seperti aur dengan tebing. Jelaslah, kerjasama penting untuk memupuk hubungan yang baik antara jiran.

Jiran dapat mengenali adat dan budaya kaum yang lain. Pada musim perayaan, kita dapat mengenali pakaian tradisional kaum yang lain seperti sari, baju kurung dan lain-lain. Mereka juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan tradisi. Selain itu, adat resam sesuatu kaum dapat diketahui oleh jiran yang berlainan kaum. Oleh itu, kita perlu mengenali adat dan budaya jiran.

Kesimpulannya, jiran sepakat membawa berkat penting dalam masyarakat. Semua pihak hendaklah mengamalkan semangat kejiranan. Amalan ini perlu diteruskan demi memelihara keamanan dan keharmonian masyarakat.  

CALL JE POLIS SEKIRANYA JIRAN GANGGU KETENTERAMAN

Menerusi satu perkongsian di laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia, mereka yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

“Adakah anda tinggal di kediaman yang kurang menyenangkan akibat bunyi bising? Membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah.”

“Jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam, anda boleh laporkan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa. Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955”.

“Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bunyi bising. Akhirnya anda pula didakwa atas kesalahan jenayah”.

“Kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman”.

“Jadi ketahui hak anda sebagai seorang jiran. Sampai bila nak biarkan mereka buat bising? Puas dah tegur tapi masih tak faham bahasa jadi wajiblah buat laporan kepada pihak berkuasa”.

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa `Jiran sepakat membawa berkat‘. Jadi, kita perlulah menanam semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Call je Polis atau layari Laman sesawang untuk membuat sebarang report kepada PDRM

“Call Je Polis Jika Jiran Ganggu Ketenteraman" - Abang Polis 1

Jadi, kepada yang ingin membuat laporan, anda bolehlah buat laporan anda disini, . Ianya sangat mudah dengan menggunakan online sahaja. Semoga bermanfaat. Ingat, Call je polis sekiranya anda mempunyai masalah berkenaan dengan masyarakat setempat.

Sumber : POLIS DIRAJA MALAYSIA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More