Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air Dengan Tukar 1 Barang Ini Sahaja
Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air hanya dengan mengikuti langkah-langkah ini mudah dan ringkas sahaja. Nak tahu macam mana? Jom kita ikuti perkongsian Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air di bawah.
Sebelum itu, mesin basuh adalah merupakan satu alat elektrik yang penting untuk setiap isi rumah. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah baharu. Seperti yang diketahui, mesin basuh ini berfungsi untuk mencuci pakaian dalam kuantiti yang banyak.
Tahun demi tahun, ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan baharu bagi meringankan beban isi rumah termasuklah kewujudan mesin basuh automatik. Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada orang ramai dari segi masa dan tenaga kerana hanya perlu ‘campak’ sahaja pakaian ke dalam mesin basuh dan hanya tunggu sehingga siap sahaja untuk dijemur di bawah cahaya matahari tanpa perlukan tenaga yang banyak seperti penggunaan mesin basuh manual.
Walaupun begitu, sebenarnya masih ramai pengguna di luar sana yang masih setia menggunakan mesin basuh manual disebabkan ia lebih tahan lasak. Masalah yang sering dihadapi oleh mesin basuh manual adalah air sentiasa keluar secara perlahan-lahan apabila dimasukkan ke dalam mesin basuh. Disebabkan masalah itu, pastinya perkara ini menyusahkan pengguna untuk membasuh pakaian sewaktu di rumah.
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu khususnya pengguna mesin basuh manual, jika berlaku masalah tersebut apa yang perlu dilakukan dan sebenarnya pengguna hanya perlu menukar satu bahagian ini sahaja.
Isi Kandungan
Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air
Berdasarkan satu video yang telah dikongsikan oleh Hairul Vcool di platform Tiktoknya, ia menunjukkan masalah yang sering terjadi pada mesin basuh manual.
Jelasnya, masalah air keluar tanpa henti ini adalah disebabkan getah barrow pada stopper valve. Oleh itu, cara-cara untuk menukarkan getah barrow adalah seperti berikut:
Langkah 1: Tanggalkan Skru Pada Mesin Basuh
Buka penutup mesin basuh pada bahagian belakang. Tanggalkan skru terlebih dahulu.
Kemudian, lihat pada stopper valve mesin basuh anda. Buka bahagian berkenaan dan tarik getah barrow (warna hitam) keluar.
Langkah 2: Tukar Getah Barrow Baharu
Gantikan dengan getah barrow yang baharu. Sangat digalakkan untuk menukar satu set getah barrow bersama spring.
Pasang semula getah barrow. Sekiranya getah barrow sedikit kesat, boleh letakkan minyak sebagai pelincir.
Langkah 3: Cuba Guna Mesin Basuh Yang Telah Digantikan Getah Barrow Baharu
Akhir sekali, anda boleh cuba masukkan air ke dalam mesin basuh seperti biasa dan lihat hasilnya.
Credit Sumber: Hairul Vcool
Begitulah cara mudah baiki mesin basuh manual yang keluar air tanpa henti yang boleh dicuba sendiri di rumah masing-masing. Hanya perlu tukar 1 barang itu sahaja masalah air yang keluar tanpa henti pada mesin basuh manual anda akan selesai.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air ini dapat membantu anda untuk mengatasi masalah air pada mesin basuh manual anda yang sentiasa keluar tanpa henti yang pernah berlaku selama ini.
Semoga perkongsian Cara Baiki Mesin Basuh Manual Keluar Air ini dapat memberi manfaat kepada anda semua di luar sana!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.