Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP
Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP adalah sangat penting dan pasti sangat diperlukan oleh semua calon yang mendapat panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
Siapa sahaja tidak teruja jika dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja, bukan? Apatah lagi temuduga kerja sebagai seorang pendidik.
Jika anda dipanggil untuk menghadiri temuduga, persediaan apa yang perlu anda buat pertama sekali?
Seorang pendidik perlu menunjukkan sikap yang serius berkaitan etika dan profesional. Sudah tentu persediaan pertama adalah penyusunan sijil dalam fail temuduga.
Jika calon yang datang ke temuduga dengan membawa sijil yang tidak teratur pasti akan menyebabkan markah automatik semakin menurun kerana perkara pertama yang dibuat sudah tidak menyakinkan penemuduga, bukan?
Jadi, penyusunan sijil temuduga perlu dititikberatkan oleh semua calon sebelum menghadiri temuduga supaya perjalanan temuduga calon sentiasa dalam keadaan yang baik dari awal sehingga akhir temuduga berjalan.
Tetapi, bagaimana Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP itu? Jom ikuti perkongsian dibawah.
Isi Kandungan
Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP
Seorang pengguna TikTok @haziqqhilmi telah mengambil peluang berkongsi kepada umum tentang Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP mengikut ketetapan yang dibuat.
Di bawah merupakan turutan susunan sijil yang betul di dalam fail temuduga SPP dan calon perlulah membuat senarai semak itu dalam satu muka surat serta menyediakan ruang tanda, sama ada memiliki sijil tersebut atau tidak.
Perkongsian info sebegini adalah sangat penting kerana ia sangat diperlukan terutamanya kepada calon-calon yang akan menghadapi temuduga SPP, terutamanya untuk temuduga jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.
Susunan atau Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP di dalam fail temuduga adalah seperti berikut:
- Slip Panggilan Temuduga
- Senarai Semak Temuduga
- Resume
- Kad Pengenalan
- Sijil Kelahiran
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Sijil Ijazah Sarjana Muda
- Transkrip Penuh Ijazah Sarjana Muda
- Sijil Malaysian University English Test (MUET)
- Status Pengiktirafan Kelayakan MQA
- Sijil Kegiatan Ko-kurikulum
Senarai Semak Temuduga
Pada Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP diatas, terdapat senarai semak susunan dokumen temuduga pada nombor 2 yang perlu ditelitikan sebelum menghadiri temuduga SPP.
Oleh itu, untuk perincian senarai semak temuduga adalah seperti ketetapan berikut.
1. Kad Pengenalan
2. Sijil Kelahiran / Sijil Pendaftaran Kelahiran / Sijil Anak Angkat
3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional / Sijil Vokasional Malaysia
4. Diploma Pendidikan
(a) Sijil diploma pendidikan / diploma pascasiswazah pendidikan / diploma pendidikan lepasan ijazah asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya.
(b) Transkrip Penuh Akademik.
5. Ijazah Sarjana Muda
(a) Sijil ijazah sarjana muda asal & salinan yang mempunyai Cap Mohor serta tandatangan Naib Canselor dan Pendaftar Universiti atau salah satu darinya.
(b) Sekiranya ijazah sarjana muda yang diperoleh dalam bahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, surat terjemahan diperlukan dan hendaklah dibuat oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Pejabat Kedutaan Malaysia di Negara berkenaan atau Jabatan Agama Islam Negeri bagi ijazah sarjana muda dalam Bahasa Arab sahaja.
(c) Transkrip Penuh Akademik.
(d) Sijil Muet / atau setaraf CERF.
(e) Lain-lain sijil kelulusan yang berkaitan (cth: Sijil Tahfiz).
Nota Tambahan: Bagi calon yang belum memiliki sijil diploma / ijazah sarjana muda disebabkan belum konvokesyen dikehendaki membawa surat senat dan transkrip akhir akademik dari universiti / institusi pengajian tinggi yang mencatatkan status tamat pengajian.
6. Pengiktirafan Kelayakan
Calon dimohon untuk mendapatkan status pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk mengesahkan kelayakan calon.
7. Sijil Kegiatan Ko-kurikulum
Calon perlu memasukkan sekurang-kurangnya tiga (3) aktiviti yang tertinggi dan terkini pada bahagian ini.
8. Calon Dalam Perkhidmatan Awam (Termasuk Guru Interim, Kontrak, Sementara, Ganti, GST dan GSTT)
(a) Surat kebenaran cuti belajar (jika berkaitan).
(b) Laporan khas temuduga (hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bersaiz A4 dan di gam).
(c) Senarai tugas dan ko-kurikulum.
Nota Tambahan: Calon dimohon untuk memuat naik perkara (b) dan (c) di Portal Rasmi SPP > PERKHIDMATAN > Muat Turun > Borang > Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
9. Dokumen Pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU)
Sekiranya berkaitan, calon juga boleh meletakkan dokumen pengesahan Status Orang Kelainan Upaya (OKU) pada halaman terakhir fail sijil temuduga SPP.
Harapan Penulis
Diharapkan dengan perkongsian Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua di luar sana.
Kepada calon-calon yang berjaya ke temuduga SPP, semoga perkongsian Cara Betul Susun Sijil Untuk Temuduga SPP ini sedikit sebanyak dapat membantu untuk anda membuat persediaan fail temuduga dengan baik.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi perkongsian serta info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.