Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA BUAT POPCORN – Senang jer rupanya!

Isi Kandungan

CARA BUAT POPCORN

Bertih jagung atau popcorn adalah biji jagung kering yang mengembang dari isinya dan meletup bila dipanaskan. Apabila dipanaskan, tekanan akan terhasil dari dalam isi dan letupan kecil ‘pop’ akan kedengaran.

Bertih jagung yang tidak diletupkan tidak cepat rosak dan biasnya bertahan lebih lama jika disimpan dalam bekas tertutup.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk meletupkan bertih jagung seperti memanaskan didalam ketuhar atau menggunakan periuk tekanan tinggi.

Jangan risau anda masih boleh menggunakan periuk biasa yang ada dirumah. Caranya pun cukup mudah. Buat sendiri tentunya lebih jimat dan sedap bukan? Malah mungkin boleh mendatangkan sedikit duit poket pada anda.

BAHAN-BAHAN

  • Jagung kering dalam paket
  • Minyak masak
  • Marjerin
  • Pewarna (optional)

cara buat popcorn 1

CARA BUAT POPCORN: LANGKAH DEMI LANGKAH

1.  SUKAT JAGUNG & MINYAK MASAK

Keluarkan jagung. Inilah jagung kering yang boleh dibeli di pasaraya. Untuk sepeket ini sudah mencukupi bagi satu keluarga kecil makan bertih jagung ya.

Oh ya, tak perlu basuh. Kalau nak basuh, perlu sangai atas kuali sampai betul-betul kering supaya tak lemau.

cara buat popcorn sendiri

Sukatan untuk 1 kuali ialah lebih kurang setengah cawan jagung kering dan setengah cawan minyak masak.

cara buat popcorn

2. MASAKKAN DALAM KUALI

Tuangkan minyak dan jagung tadi ke dalam kuali.

Gunakan api kecil saja.

cara buat popcorn 4

3. TUTUP KUALI

Biarkan beberapa minit, mulalah bertih jagung meletup-letup.

Jangan dibuka penutup kuali tu. Nanti melenting keluar pula.

Tunggu sampai senyap baru tutup api.

cara buat popcorn 5

4. PINDAHKAN POPCORN KE DALAM BEKAS

Inilah hasilnya selepas semua jagung mengembang dan meletup-letup.

cara buat popcorn 6

Tuangkan hasil pop corn tadi ke dalam bekas sebab lepas ini kita akan membuat gulanya.

Kalau nak buat banyak, ulang lagi proses yg sama dengan kuali yang sama sampai cukuplah banyak mana yang anda suka.

cara buat popcorn

5. MEMBUAT GULA POPCORN

Untuk membuat gula popcorn atau siranya, gunakan kuali yang kering daripada sebarang air. Buka api yang kecil saja.

Tuangkan 1 setengah cawan gula. Sebenarnya nak gunakan gula perang atau gula melaka pun boleh.

Nak tambahkan sedikit garam pun tiada masalah, terpulanglah pada citarasa anda.

Kemudian, kacaukan gulanya selalu sampai cair. Jangan ditinggal-tinggal pula, takut berketul dan hangus.

cara buat popcorn 8

Kacau gula sampai cair dan rata seperti dalam gambar di bawah.

cara buat popcorn 10

6. TAMBAHKAN MARJERIN & PEWARNA

Sediakan 2 sudu majerin dan 1 sudu serbuk perwarna.

Macam dalam gambar di bawah ini,  guna pewarna jenis serbuk ya, bukan cecair.

Kalau tak mahu guna pewarna pun boleh.

cara buat popcorn 9

Tambahkan marjerin dan pewarna ke dalam gula yang telah cair tadi.

Ingat, gunakan api kecil saja macam tadi ya.

cara buat popcorn 11

 Begini hasilnya apabila sebati.

cara buat popcorn 12

7. MASUKKAN POPCORN

Apabila gula, marjerin, dan pewarna dah rata, boleh terus masukkan popcorn yg dah siap proses tadi.

Sira sampai rata.

Jangan matikan api yang kecil tadi.

Nanti dah siap baru tutup api ya.

cara buat popcorn 13

8. SIAP!

Beginilah hasilnya.

cara buat popcorn 14

Anda bolehlah simpankan dalam bekas kedap udara untuk kudapan nanti.

Mudah saja cara buat popcorn di rumah sebenarnya. Bahan yang digunakan pun tidak banyak. Boleh makan panas-panas. Puas hati!

Boleh masukkan dalam plastik berbentuk kon dan buat sebagai cenderahati untuk majlis hari jadi. Pasti ramai kanak-kanak berebut!

Bagi yang diet, boleh kurangkan gula yang digunakan atau guna gula perang.

Kalau dah ‘pass’ buat yang ini, bolehlah tukar perasa-perasa lain yang anda suka contohnya popcorn ‘cinnamon’ atau coklat.

 

Artikel berkaitan : Cara buat kek batik

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More