Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC Secara Online
Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC yang ramai tidak tahu! Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara mudah anda nak claim. Wang yang tidak dituntut selalunya berlaku jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang sudah meninggal dunia dan masih mempunyai baki wang di beberapa akaun lain.
Mungkin ada dan mungkin tiada dalam kalangan ahli keluarga yang tahu, rupanya masih ada wang yang boleh kita tuntut dalam jumlah yang banyak.
Rupa-rupanya ada juga dalam kalangan kita yang mempunyai wang yang tidak dituntut dalam kad pengenalan diri juga. Berikut merupakan cara untuk anda ‘claim’ wang yang tidak dituntut ini supaya boleh digunakan.
Isi Kandungan
Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC
Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC adalah seperti langkah-langkah yang berikut.
- Anda perlu pergi ke laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia eGUMIS.
- Kemudian, klik Pendaftaran pada bahagian atas sebelah kanan.
- Seterusnya, lengkapkan maklumat diri yang diminta seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan dan sila ikut dokumen pengenalan diri yang betul.
- Isi maklumat dan tandakan ruangan yang perlu ditanda dan klik Daftar.
- Pendaftaran selesai dan pergi ke laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia eGUMIS semula dan klik Log Masuk.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang dicipta semasa pendaftaran.
- Kemaskini maklumat pengguna (pengguna diminta untuk melengkapkan semua butiran yang bertanda *)
- Setelah selesai disimpan, paparan portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia eGUMIS pada skrin anda akan memaparkan seperti gambar berikut.
- Seterusnya, anda boleh klik ‘KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT‘.
Sila pastikan yang anda nak tuntut adalah NAMA EMPUNYA dalam rekod Wang Tak Dituntut (WTD) adalah nama anda yang sama dalam IC beserta bin / binti anda yang betul.
Jika jumlah Wang Tak Dituntut (WTD) tidak mencukupi atau berbeza, anda perlu merujuk Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) уаng berdekatan.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan yang diberikan. Had maksimum carian adalah sebanyak 2 kali sahaja.
- Jika mempunyai rekod carian, paparan rekod akan ditunjukkan seperti di dalam gambar dibawah.
- Borang permohonan akan dijana secara automatik dan pengguna perlu melengkapkan butiran penerima bayaran.
- Tandakan di dalam kotak merah dan lengkapkan maklumat akaun bank.
- Semak ruangan mandatori dokumen apa yang masih diperlukan untuk dimuat naik selain dokumen asas anda.
- Pemohon akan diminta untuk memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Dokumen asas yang perlu ada bagi setiap tuntutan adalah:
- Salinan kad pengenalan yang jelas (hadapan dan belakang)
- Salinan penyata akaun bank / pengesahan akaun simpanan yang jelas Nama Pemohon, No Akaun Bank beserta Nama Bank (Mini Statement daripada Mesin ATM tidak akan diterima)
Sila rujuk soalan lazim bagi setiap tuntutan jenis Wang Tak Dituntut (WTD) untuk mengetahui dokumen sokongan yang lain-lain.
- Seterusnya, klik butang muat naik untuk masukkan dokumen sokongan
- Anda juga boleh palangkan IC tetapi sila pastikan ia tidak terkena pada nombor di dalam IC.
- Sebelum klik Hantar, pemohon perlu klik semua butang SETUJU
- Selepas itu, sila klik Hantar untuk menghantar permohonan
Selain membuat tuntutan permohonan secara online melalui laman sesawang Jabatan Akauntan Negara Malaysia eGUMIS, anda juga boleh membuat tuntutan permohonan di kaunter JANM atau MEL dihantar terus ke pejabat WTD Putrajaya.
Maklumat Lanjut
Maklumat lengkap tentang Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC ini anda boleh merujuk di Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan semoga perkongsian tentang Cara Claim Wang Tak Dituntut Dalam IC ini bermanfaat dan dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.