Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Memohon Elaun Cari Kerja RM300

Cara Daftar MYFutureJobs bagi memohon bantuan elaun mencari pekerjaan sebanyak RM300 ini dibuat bagi membantu mana-mana insan untuk mendaftar. Anak muda atau lepasan graduan yang sedang mencari pekerjaan sewajarnya mengambil peluang ini bagi membantu mereka.

Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs

Isi Kandungan

Pakej PEMULIH 2021-Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan RM300

Sebelum saya teruskan berkongsi cara daftar MYFutureJobs, eloklah sekiranya anda tahu bantuan ini. Pada tanggal 28 Jun 2021 yang lalu, YAB Perdana Menteri Muhyiddin telah membentangkan berkaitan bantuan yang akan diberikan kepada anak muda yang mencari pekerjaan. Bantuan ini diperluaskan kepada bukan pencarum PERKESO di bawah 3 kategori, iaitu:

  1. Lepasan Graduan yang Baharu, ATAU
  2. Lepasan Sekolah(SPM, STPM, Sekolah Teknik dan lain-lain), ATAU
  3. Pekerja Sektor Yang Tidak Formal

Mereka yang berkenaan perlulah mendaftar di bawah MYFutureJobs untuk mendapatkan kelayakan bantuan ini. Kita sedar bahawa ramai daripada kita yang sedang berhempas pulas bagi mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan kita bagi membantu menyara keluarga kita di rumah, akan tetapi disebabkan keadaan dunia pada masa sekarang agak membataskan hajat di hati. Maka, ikuti cara daftar MYFutureJobs ini untuk memohon bantuan ini. Diharapkan dapat membantu anda.

Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan Masih Dibuka

Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan ini sudahpun dibuka kepada rakyat Malaysia mulai 15 Julai yang lalu. Kepada mereka yang masih belum membuat permohonan, anda boleh memohon sekarang. Baca juga artikel Pemberian Elaun Mencari Pekerjaan bagi membantu anda yang masih tertanya-tanya berkaitan bantuan ini.

MYFutureJobs

Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs

MYFutureJobs merupakan satu portal rasmi yang bertujuan sebagai platform utama untuk sesiapa sahaja mencari pekerjaan ataupun majikan yang mahu mencari pekerja. Mereka hanya perlu mendaftar dan mencari jenis atau kategori pekerjaan mengikut kehendak mereka. MYFutureJobs juga merangkumi beberapa perkara, antaranya termasuk:

PENEMPATAN
PEKERJAAN

KAUNSELING
KERJAYA

KAUNSELING
MENDALAM BAGI YANG ALAMI KESULITAN

PROGRAM
MOBILITI

PROGRAM
PASARAN BURUH AKTIF

Jadi, akan saya kongsikan dengan anda cara daftar MYFutureJobs ini. Banyak kelebihan jikalau anda berbuat sedemikian.

Cara Daftar MYFutureJobs

Anda boleh menggunakan sama ada telefon pintar, tablet ataupun komputer anda bagi mendaftar. Mana-mana medium adalah dibolehkan. Dan, MYFutureJobs hanya boleh diakses melalui laman rasminya sahaja. Jadi, akan ada 3 perkara yang perlu anda fokuskan, iaitu:

  1. Cara Daftar MYFutureJobs
  2. Log Masuk untuk kemaskini maklumat.
  3. Cara penggunaan platform MYFutureJobs

“Platform MYFutureJobs amatlah membantu saya dalam mencari pekerjaan yang ditawarkan mengikut kehendak dan kelayakan saya. Sangat berpuas hati”

Dengan hanya mengikut cara yang akan disediakan, saya jamin anda mampu menyelesaikannya tidak sampai beberapa puluh minit. Moga-moga urusan anda dipermudahkan.

Ikuti Cara Daftar MYFutureJobs

  • Layari portal rasmi MYFutureJobs dengan menekan link ini. Anda akan melihat paparan sebegini di telefon pintar/skrin laptop anda.

Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs

  • Jikalau anda perhatikan, terdapat 2 pilihan iaitu “Log Mauk Pencari Kerja” dan “Log Masuk Majikan“. Tekan pilihan yang pertama kerana itu tujuan utama anda.
  • Anda akan dibawa ke paparan seperti di bawah. Tekan “Register”. Di bahagian ini, anda perlu masukkan 3 maklumat:
    • E-Mail anda yang aktif
    • Nombor kad pengenalan(tanpa dash)
    • Nombor telefon yang boleh dihubungi

Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs           Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs

  • Setelah itu, anda perlu menekan “Register” dan “Accept Terms and Conditions” yang akan dipaparkan di skrin anda.
  • Akhir sekali, anda akan dibawa ke profile anda.
  • Pendaftaran akaun selesai.

Cara Daftar MYFutureJobs ini sudah berjaya anda ikuti dengan baik, tetapi urusan anda belum selesai. Mari kita ikuti fokus kedua iaitu log masuk untuk kemaskini akaun.

Log Masuk Untuk Kemaskini Maklumat

  • Bukak portal rasmi MYFutureJobs.
  • Log masuk ke dalam akaun MYFutureJobs anda dengan cara yang sebelumnya.
  • Anda akan dibawa terus ke bahagian ini. Lengkapkan segala butiran peribadi yang diminta.

Langkah Mudah Daftar MyFutureJobs

KATEGORI

MAKLUMAT PERIBADI

  • Nama penuh dalam kad pengenalan.
  • Negeri, bandar, alamat dan poskod.
  • Tarikh lahir, e-mail, nombor telefon
  • Jikalau anda seudah membuat CV dan video resume anda, amatlah digalakkan untuk memuat naik.
  • Masukkan juga akaun media sosial anda. Jika tiada, digalakkan untuk membuatnya.
  • Tekan “Continue to Desired Job

KATEGORI

PILIHAN PEKERJAAN

  • Di bahagian ini, masukkan pekerjaan yang anda inginkan, jawatan, kemahiran anda, jenis kontrak, waktu pekerjaan dan gaji yang anda anggarkan.
  • Masukkan lokasi carian pilihan anda.
  • Tekan “Continue to Experience”

KATEGORI

PENGALAMAN

  •  Anda perlu melengkapkan bahagian ini sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja.
  • Masukkan segalan butiran berkaitan kerja lama anda.
  • Jikalau tiada, tekan “No” dan teruskan “Continue ke Education”.

KATEGORI

AKADEMIK

  • Masukkan segala jenis tahap pengajian anda. Disarankan untuk meletakkan yang paling baharu dan terkini.
  • Pilih tahap pengajian, pencapaian, tarikh dan nama institusi.
  • Masukkan satu persatu, dan kemudiannya tambah tahap pengajian yang lebih rendah.
  • Pilih bahasa anda dan tambahkan bahasa lain jikalau anda mempunyai kemahiran.
  • Lengkapkan butiran perihal lesen memandu anda.
  • Tekan “Continue to Skills”.

KATEGORI

LATIHAN

  •  Masukkan jenis latihan yang pernah anda ada.
  • Jikalau tiada, teruskan “Continue to Skills”.

KATEGORI

KEMAHIRAN

  •  Di ruangan ini, anda perlu memasukkan kemahiran yang anda ada. 
  • Masukkan juga kemahiran yang bukan kaitan dengan pekerjaan anda pohon.
  • “Continue to Certificate and Documents”.

KATEGORI

SIJIL DAN DOKUMEN SOKONGAN

  • Di bahagian ini, amatlah penting untuk anda memasukkan segala dokumen penting berkaitan diri anda, bukti tahap pengajian, pengesahan kemahiran anda, dan juga bahkan bukti di tempat kerja lama anda(Mana-mana pencapaian).
  • Teruskan ke “Continue to References”.

KATEGORI

RUJUKAN

  • Di bahagian ini, anda perlu memasukkan maklumat/dokumen orang rujukan.
  • Contohnya seperti: rakan anda, majikan tempat lama, pensyarah anda dan lain-lain berkaitan.
  • “Continue to Profile”.

*NOTIS: Pastikan anda memuat naik gambar anda di ruangan yang disediakan. Disarankan gambar berpakaian formal(gambar ukuran passport lebih baik).

  • Akhir sekali, anda boleh simpan profile anda dengan memuat turun.
  • Selesai kemas kini.

Cara penggunaan platform MYFutureJobs

Anda sudah ikuti cara daftar MYFutureJobs dan lengkapkan maklumat anda. Sekarang, anda  perlu tahu bagaimana cara untuk menggunakannya bagi mendapatkan pekerjaan. Boleh baca penerangan di bawah.

Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Memohon Elaun Cari Kerja RM300 1

Di paparan skrin, anda akan melihat:

  • Match Jobs – Untuk tapisan pekerjaan berdasarkan maklumat yang anda tetapkan di profile.
  • Search Jobs – Untuk anda membuat carian pekerjaan secara rawak mengikut kehendak anda.
  • Saveds Jobs – Senarai pekerjaan yang anda jumpa, anda anda mahu membuat permohonan.
  • My Applications – Senarai pekerjaa atau jawatan yang sudah anda pohon.
  • My Profile – Untuk anda kemas kini maklumat peribadi sekiranya ada sebarang perubahan dan penambahan maklumat.

Perkara yang boleh dilakukan:

  • Anda boleh menetapkan filter carian anda.
  • Jikalau anda berminat dengan sebarang jawatan, tekan pada iklan dan baca segala butiran. Buat permohonan dengan mengikuti langkah diminta. Tunggu notis untuk anda ditemuduga.
  • Anda boleh “Accept“, “Reject” atau “Reschedule” temu duga anda.
  • Jangan lupa untuk menekan ikon “Loceng” di peranti anda supaya anda tidak ketinggalan sebarang kemas kini yang terbaharu daripada laman yang anda pohon.

Selain ikuti cara daftar MYFutureJobs ini, dapatkan juga Manual Penggunaan MYFutureJobs Jobseeker Manual bagi membantu anda di lain-lain masa jikalau timbul sebarang isu.

Soalan Lazim Cara Daftar MYFutureJobs

Perlu atau tidak untuk saya mendaftar akaun MYFutureJobs ini?

  • Ya, sangatlah digalakkan bagi memudahkan anda untuk membuat carian kerja atau menerima tawaran daripada mana-mana syarikat.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mahu mengubah maklumat tempat tinggal saya?

  • Anda boleh menekan “MyProfile” dan tetapkan perubahan yang anda lakukan. Jangan lupa untuk “Save” ubahan anda.

Saya baru berhenti kerja daripada majikan lama. Bolehkah sekiranya saya mahu membuat akaun MYFutureJobs ini?

  • Boleh, kerana platform ini adalah secara percuma dan terbuka kepada semua. Ikuti sahaja cara daftar MYFutureJobs yang disediakan bagi mebantu anda.

Saya dah daftar akaun MYFutureJobs pada beberapa tahun yang lalu. Tetapi, saya lupa kata laluan, apa yang perlu saya lakukan?

  • Anda boleh memohon untuk reset kata laluan anda di bahagian Log Masuk. Jikalau tidak boleh, anda boleh hubungi MYFutureJobs Hotline mengikut kawasan anda. Dapatkan nombor MYFutureJobs Hotline di sini.

Bolehkah sekiranya saya ingin memiliki lebih daripada satu akaun?

  • Tidak boleh, kerana anda perlu daftar masuk menggunakan nombor kad pengenalan anda. Satu kad pengenalan mewakili satu akaun sahaja.

Daftar MYFutureJobs Sekarang

Moga-moga perkongsian berkaitan cara daftar MYFutureJobs ini dapat membantu anda. Jangan bertangguh lagi kerana cabaran dunia pada masa kini semakin bertambah. Moga-moga, keadaan dunia kita akan kembali seperti sedia kala.

Oleh itu, sama-sama lah kita memerangi wabak ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More