Cara Daftar SSM Perniagaan Secara Online (EZBIZ)
Cara Daftar SSM mudah dan cepat. Kini anda boleh daftarkan perniagaan sama ada secara konvensional atau atas talian dengan mudah dan cepat iaitu secara online melalui ezBiz SSM.
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk mendaftar perniagaan anda. Berikut dikongsikan cara daftar SSM secara online.
Baca juga : Jawatan Kosong di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Isi Kandungan
PERNIAGAAN YANG PERLU BERDAFTAR DI BAWAH SSM
Merujuk laman sesawang SSM, perniagaan adalah satu aktiviti yang merangkumi setiap bentuk pekerjaan, perdagangan (trade), profesion, pertukangan atau apa-apa aktiviti lain yang dilakukan bagi tujuan mendapatkan keuntungan, tetapi tidak meliputi mana-mana penggajian, jawatan, apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja seperti yang dinyatakan dalam jadual mengikut peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Selain dari perniagaan yang berupa jualan barangan atau pun makanan, perkhidmatan juga dikategorikan sebagai perniagaan, antaranya seperti perkhidmatan penghantaran/juru gegas (rider/runner) atau freelance.
Semua jenis perniagaan seperti perniagaan secara atas talian, perkhidmatan atau semua yang dinyatakan, boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956). dan hanya perniagaan yang beroperasi di Malaysia Barat iaitu Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan.
Bentuk perniagaan yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Perniagaan Milik Tunggal – Perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh
seorang pemilik. - Perniagaan Perkongsian – Perniagaan yang dimiliki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi daripada dua puluh (20) rakan kongsi.
SYARAT DAFTAR PERNIAGAAN
- Pemilik berwarganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Pemilik mesti berumur 18 tahun ke atas
- Pemilik dan rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan
PANDUAN AM PENDAFTARAN PERNIAGAAN
- Perniagaan telah dijalankan dan didaftarkan tidak lewat dari 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
- Pendaftaran baru perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.
- Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh dimiliki dalam masa satu (1) jam dari waktu pembayaran.
- Jenis perniagaan yang didaftarkan haruslah mematuhi kehendak undang-undang, keselamatan persekutuan, ketenteraman awam atau prinsip moral.
- Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956. Jika disabit kesalahan ianya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
- Pemilik perniagaan bertanggungjawab untuk mendapat lesen, permit atau surat kebenaran sewajarnya daripada pihak berkuasa yang berkaitan bagi jenis/aktiviti perniagaan yang dijalankan walaupun pendaftaran perniagaan tersebut telah didaftarkan di SSM.
CARA DAFTAR SSM SECARA ONLINE
- Layari laman web https://ezbiz.ssm.com.my/
- Sila tekan butang SIGN UP untuk pengguna kali pertama dan masukkan nombor kad pengenalan beserta nama penuh (seperti dalam kad pengenalan).
- Bagi yang telah mempunyai akaun, sila masukkan USERNAME diikuti dengan KATA LALUAN dan KOD VERIFIKASI, kemudian tekan butang ‘SIGN IN’.
- Tekan butang REGISTER.
- Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi perniagaan anda masih belum didaftarkan.
- Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
- Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
- Selepas ID anda diaktifkan, sila LOGIN semula ke laman web tadi.
- Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
- Akhir sekali, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.
Bayaran Pendaftaran ezBiz SSM
Bayaran yang dikenakan untuk mendaftar syarikat di SSM adalah seperti :
- Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di dalam kad pengenalan – RM30.00
- Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00
- Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
- Cetakan maklumat perniagaan – RM10.00
Pemilihan Nama Perniagaan
Pendaftaran boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama ‘Tred’.
- Nama sendiri menggunakan nama seperti di dalam kad pengenalan tidak perlu memohon kelulusan nama perniagaan. Contoh: Ruslan bin Mohamed, Siow Ah Thai, Ramasamy a/l Mutusamy
- Nama Tred ialah nama perniagaan yang dicadangkan dan perlu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia terlebih dahulu. Contoh: Kedai Dobi Mewah, Lucky Star Catering, ABS Unggul Enterprise.
Rujuk selanjutnya Panduan Daftar Nama Perniagaan
MAKLUMAT LANJUT CARA DAFTAR SSM
Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, boleh hubungi butiran seperti berikut :
MENARA SSM@SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.
Pusat Panggilan SSM
Tel: 03-7721 4000
Faks: 03-7721 4001
Emel : [email protected]