Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Gantikan RFID Yang Rosak Dengan Percuma

Sistem Teknologi Radio Frequency Identification (RFID) telah diumukan baru-baru ini, menggantikan sistem Touch ‘n Go dan Smart Tag di semua tol di Malaysia.

Dengan pelaksanaan ini, seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia akan menyediakan lorong RFID bagi memberi perkhidmatan yang lebih mudah, selamat dan pantas kepada pengguna lebuhraya.

Namun begitu, banyak pula isu yang muncul pada hari pelaksanaanya.

Antaranya adalah pelekat RFID tidak berfungsi di mana ianya tidak dapat di kesan oleh tol.

Masalah lain yang muncul adalah RFID yang rosak ini kerana pelekat yang terdapat pada RFID adalah amat sensitif , sama seperti roadtax. Pelekat ini mudah rosak apabila telah dilekatkan, kemudian dikopek sedikit untuk membetulkannya.

Disebabkan masalah yang muncul ini, pihak PLUS telah hadir dengan inisiatif membantu mereka yang menghadapi masalah ini.

RFID

Isi Kandungan

CARA PEMASANGAN TAG RFID

Pemasangan tag tersebut dapat dilakukan melalui :

Disarankan agar anda memuat turun aplikasi ini agar senang untuk anda top-up baki secara online. Jika anda belum memuat turun aplikasi TNG eWallet, sila rujuk artikel Cara Aktifkan RFID Touch ‘n Go Secara Atas Talian untuk mendaftar sebagai pengguna.

Sekiranya kad Touch ‘n Go anda rosak, hilang atau expired sedangkan baki di dalamnya masih banyak, anda boleh mohon refund duit tersebut. Rujuk Cara Dapatkan Duit Refund Dalam Kad Touch ‘n Go.

rfid

rfid

rfid

BAGAIMANAKAH CARA MENGGANTIKAN RFID YANG ROSAK?

Setiap Plaza Tol yang menggunakan RFID akan ada staff yang ‘incharge’ untuk kes-kes RFID rosak ini.

Staf Plaza Tol tersebut akan standby menggunakan pengesan/scanner manual jika pelekat tidak dapat dikesan.

Jika selepas menggunakan scanner daripada staf dan ianya masih tidak dapat dikesan (detect), maka pengguna akan diberikan kupon untuk menggantikan pelakat baru secara percuma di pusat pemasangan TNG terdekat.

RFID

BAGAIMANAKAH CARA MENGGUNAKAN RFID DENGAN BETUL?

Cara penggunaan RFID yang betul boleh dilihat pada infografik di bawah ini :

RFID

BAGAIMANAKAH CARA PENJAGAAN RFID?

  • Elak cuci cermin hadapan dan dan lampu hadapan dalam masa 24 jam selepas pemasangan.
  • Dilarang tanggalkan tag RFID.
  • Jangan gunakan pencuci atau cecair kimia di kawasan Tag RFID.
  • Berhati-hati mencuci di kawasan sekitar tag RFID.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya dalam keadaan Touch ‘n Go dan Smart Tag yang baru mula dimansuhkan dan menimbulkan pelbagai masalah.

Diharapkan agar selepas ini masalah berkenaan RFID di lebuhraya dapat diselesaikan. Barulah kita semua dapat menikmati pemanduan yang lancar. Tiada lagi masalah lewat ke tempat kerja!

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More