Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit!
Kepada peminat petai, sememangnya yang menjadi masalah utama selepas makan petai adalah bau mulut!
Walaupun setelah mengosok gigi atau makan gula-gula getah, baunya masih lagi menyengat. Tidak lupa juga dengan bau tandas selepas anda menggunakannya. Memalukan!
Berikut adalah perkongsian dari Bee Keng Facebook MAHN, yang berkongsi cara menghilangkan bau mulut selepas makan petai, hasilnya menakjubkan dan memang berhasil! Sepantas 1 minit!
Isi Kandungan
Cara Hilangkan Bau Mulut Selepas Makan Petai, Sepantas 1 minit!
Ramai yang suka makan petai tetapi tidak tahan dengan bau busuk mulut kadangkala berus gigi dua tiga kali pun tidak semestinya bau mulut akan hilang, sememangnya bau mulut sangat memalukan
Saya nak kongsikan cara menghilangkan bau mulut sepantas seminit. Cara ini diajar oleh mak semasa saya masih kecil lagi. Ia sangat berkesan menghilangkan bau mulut selepas makan petai tak kira lah petai mentah ke, petai jeruk ke, petai goreng sambal ke, semuanya sangat berkesan dengan cara paling senang dan cepat ini.
Kalau tidak percaya anda cuba tengok memang hilang dalam masa seminit sahaja! Semasa saya baru2 kahwin saya ajar suami saya dia tidak percaya pun tetapi selepas mencuba dia cakap AJAIB betul!!!
Cara pertama : Terung di makan mentah
Potong terung mentah sebesar satu/dua cm dan kunyah selama seminit, dan selepas kunyah boleh ditelan atau diludahkan (sebab ada info yang mengatakan terung mentah mengandungi solanine boleh menyebabkan keracunan dan kembung perut).
Saya biasanya telanย ย sebab rasa terung mentah sangat manis dan sedap, sepotong kecil tidak memudaratkan pun.
Cara kedua : Terung direbus
Kepada yang suka makan ulam tu boleh makan sekali dengan terung rebus, berkesan juga dan tinggalkan sedikit pada akhir juadah untuk dikunyah sebagai penghilang bau, dikunyah seperti makan โchew gumโ sekurang-kurangnya wajib seminit la
Cara ketiga : Terung dimasak bersama hidangan
Orang cina suka goreng sambal petai dengan terung untuk mengurangkan bau busuk petai dan mulut.
TIPS TAMBAHAN :
Cara nak Hilangkan Bau Tandas Busuk disebabkan Petai
Satu lagi cara nak hilangkan tandas busuk disebabkan petai, letakkan sebiji terung yang dimakan ulat atau yang tidak diperlukan lagi (terpulang sama ada hendak potong atau tidak ) atau kulit terung pun boleh dan letakkan di lantai tandas. Ia sangat berkesan mengurangkan bau busuk disebabkan makan petai
Dengar macam tak boleh dipercayaikan? Tapi kesannya sangat AJAIB! Belum cuba belum tahu!!
Anda cuba tengok dan kongsikan pengalaman anda, selamat mencuba!! Selamat malam semua!!
sumber : Bee Keng MAHN