Sumber Rujukan Globalisasi Anda

5 CARA HILANGKAN WHITEHEAD DAN BLACKHEAD SECARA SEMULAJADI.. TERBAIK SHARING

Cara hilangkan whitehead ini semestinya satu point yang mesti dicari oleh para wanita khususnya. Whitehead juga dikenali sebagai komedo.  Rasa seperti ada bintik kecil kecil di bawah permukaan kulit tu, itulah komedo . Komedo terbuka (open comedo) akan nampak seperti bintik hitam yang dikenali sebagai “BLACKHEAD”. Warna hitam, sebab ia ditentukan oleh melanin di permukaan kulit kita.

Komedo yang tertutup pula dipanggil  “WHITEHEAD”. Whitehead terjadi disebabkan oleh liang pori yang tersumbat. Tahukah anda, kulit kita ni ada berjuta-juta liang pori? Dan di dalam setiap liang pori itu ada kelenjar minyak. Jadi, ada pelbagai kelenjar minyak pada tubuh badan kita ni. Kelenjar minyak ini pula tugasnya merembeskan sebum/minyak.

Cara hilangkan whitehead

Sebenarnya sebum ini sangat penting untuk kulit sebab ia akan buat kulit dan rambut kita nampak “shiny” and “glowing” semulajadi. Kalau tidak ada, nanti kulit kering pula. Rambut pun cepat rapuh. Namun, yang tidak seronoknya adalah apabila sebum ini dirembeskan berlebihan lalu menyebabkan jerawat yang kronik. Faktor yang menyebabkan rembesan sebum berlebihan ialah boleh jadi STRESS dan ketidakseimbangan hormon iaitu terutama waktu datang bulan bagi perempuan.

Isi Kandungan

Cara hilangkan whitehead secara semula jadi

Mari lihat cara hilangkan whitehead “whitehead” dan “blackhead” ini secara semulajadi tanpa menggunakan bahan kimia yang terdapat dipasaran. menurut pakar, kita boleh cuba buang secara semulajadi dahulu dengan membuat penjagaan rapi.

1. AIS

Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.

Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

2. PUTIH TELUR

Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.

Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.

3. SODA BIKARBONAT

cara hilangkan whitehead juga boleh dengan menggunakan atau Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga merawat masalah jerawat. jom kita try cara hilangkan whitehead ini sama-sama.

Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.

4. TIMUN

Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.

Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

5. OAT

Sesuai digunakan oleh mereka yang punya kulit sensitif.

Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.

6. SKRUB GULA

Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.

Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila.

Semua bahan yang dikongsikan ini terdapat di dapur rumah anda merupakan salah satu dari cara hilangkan whitehead. Kos juga murah. Bolehlah anda mencuba petua ini. Selain itu, anda juga semestinya ingin Cara Mudah Menjaga Rambut Lembut dan Berkilat terutama golongan wanita. Semoga bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More