Panduan dan Cara kira BMI yang betul dan mudah (Bayi,Kanak-kanak,Remaja,Ibu Mengandung & Orang Dewasa)
Cara kira BMI yang betul sangat penting untuk kita mengetahui berat ideal bagi ketinggian yang bersesuaian dengan dengan merujuk carta BMI.
Isi Kandungan
Apakah BMI?
Body Mass Index atau singkatannya BMI adalah indeks jisim badan iaitu ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
Cara Kira BMI Secara Manual
Untuk mengetahui cara kira BMI, kita cuma perlukan 2 maklumat utama iaitu BERAT BADAN (dalam kg) dan KETINGGIAN (dalam meter).
Dan daripada hasil kiraan nanti kita akan merujuk pula pada carta BMI untuk mengetahui sama ada normal, kurang berat, lebih berat badan atau obes.
Ringkasnya, cara kira BMI secara manual adalah dengan menggunakan formula ini:
BMI = Berat (kg) / ketinggian (m)²
Contoh Pengiraan:
- Berat Badan = 70kg
- Tinggi = 165cm = 1.65M
- Maka, BMI = 70kg / (1.65m x 1.65m) = 25.7
*Lihat carta BMI di bawah untuk ketahui kategori berat badan ideal
KATEGORI BMI
|
|||
Kategori BMI menurut Kementerian Kesihatan Malaysia boleh dibahagikan kepada empat (4) iaitu: | |||
Nilai BMI (kg/m2) | Kategori | ||
Kurang dari 18.5
|
Kurang Berat Badan (Underweight)
Ini bermakna anda mempunyai masalah kurang berat badan. Ia boleh mendatangkan risiko kesihatan yang serius jika dibiarkan. Sebaiknya lakukan pemeriksaan dan dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan untuk membantu anda mendapatkan berat yang lebih ideal. |
||
18.5 hingga 22.9
|
Normal/Ideal
Berat badan anda adalah normal dan sesuai dengan diri. Namun itu tidak bermakna anda boleh bersenang-lenang. Sebaliknya anda perlu memastikan berat anda terus berada dalam nilai BMI ini dengan melakukan aktiviti fizikal dan menjaga aspek pemakanan. |
||
23 hingga 26.9
|
Lebih Berat Badan (Overweight)
Amaran awal! Anda mempunyai berat berlebihan dan terdedah dengan risiko untuk menghidapi masalah kesihatan diabetes dan penyakit kritikal lain.
|
||
Lebih dari 30
|
Obesiti
Dengan berat badan ini, ia akan meningkatkan kecenderungan serta risiko untuk mengembangkan pelbagai penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 serta penyakit berkaitan jantung. Lebih membimbangkan keadaan anda ini akan mengurangkan kualiti kehidupan secara keseluruhan. Adakah itu yang anda mahukan? Anda disarankan untuk melakukan rundingan dan nasihat dengan pakar pemakanan serta kesihatan bagi mendapatkan berat badan ideal. Ubah gaya hidup anda sekarang! |
FAKTOR MEMPENGARUHI BMI |
|
Berat badan ideal atau tidak bukanlah ditentukan oleh kiraan BMI semata-mata. Terdapat juga beberapa faktor yang mempengaruhi kiraan BMI seseorang. Antaranya adalah: | |
Bentuk Badan. Buat seseorang yang sangat berotot seperti ahli bina badan pasti akan mendapat nilai yang tinggi apabila membuat kiraan BMI. Hal ini kerana kiraan BMI tidak dapat membezakan antara berat lemak atau berat otot (kedua-duanya dianggap sebagai berat lemak). Maka, nilai BMI tinggi tersebut tidak membuktikan bahawa individu tersebut obes | |
Struktur Tulang. Individu yang mempunyai tulang yang padat dan berketumpatan tinggi atau struktur rangka yang besar akan memperoleh nilai BMI yang tinggi walaupun tidak obes |
CARA MENAIKKAN BERAT BADAN
|
|
Antara cara untuk menaikkan berat badan sekiranya BMI terlalu rendah adalah seperti berikut: | |
Makan dengan lebih kerap. Orang yang memiliki berat badan yang kurang, biasanya akan lebih mudah kenyang berbanding orang yang mempunyai berat badan normal. Maka untuk menaikkan berat badan, makan dengan lebih kerap. Jika sebelum ini tiga kali sehari cuba tingkatkan kepada lima ke enam kali sehari. Cara ini dapat menambahkan jumlah kalori tanpa perlu merasa kenyang | |
Makan makanan yang tinggi nutrisi. Memilih makanan yang kaya dengan zat gizi dapat membantu menaikkan berat badan serta meningkatkan kesihatan. Kurangkan makan makanan ringan atau junk food kerana meskipun kurus, terdapat istilah yang dinamakan sebagai skinny fat. Ia suatu keadaaan di mana seseorang kelihatan kurus tetapi hakikatnya kadar lemak dalam tubuhnya lebih tinggi berbanding biasa. Sebaliknya lebih elok untuk memilih jenis karbohidrat yang berasal dari wheat grain, sayur-sayuran dan buah-buahan, susu, daging, serta biji-bijian
|
|
3. Makan makanan berkalori tinggi. Mengambil makanan yang berkalori tinggi dapat membekalkan tenaga. Sebagai contoh yogurt, keju, mentega kacang, milk shake dan sebagainya | |
Pilih waktu terbaik untuk minum. Bagi sesetengah orang, minum sewaktu makan dapat mengurangkan selera makan serta cepat mengenyangkan. Maka, bagi yang kurang berat dan perlu makan banyak, ketahui waktu terbaik untuk minum supaya tidak cepat kenyang dan dapat makan dengan lebih banyak | |
Bersukan atau bersenam. Bersukan atau bersenam dapat meningkatkan jisim otot dan menaikkan berat badan secara sihat. Selain itu, bersenam secara kerap dapat meningkatkan nafsu makan |
CARA MENURUNKAN BERAT BADAN
|
|
Kepada yang mempunyai masalah terlebih berat badan atau obes serta BMI terlalu tinggi, berikut merupakan cara-cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat badan: | |
1. Mulakan Hari Dengan Jus Lemon. Lemak dalam tubuh akan mudah dibakar dengan mengamalkan minuman jus lemon. Hal ini kerana buah lemon mengandungi potassium yang baik untuk meningkatkan jisim otot. Cara mudah membuat jus lemon adalah dengan membelah lemon kepada dua bahagian dan memerahnya ke dalam air sejuk. | |
2. Kurangkan Pengambilan Karbohidrat. Mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membawa kepada perubahan besar pada berat badan. Pengambilan karbohidrat dapat digantikan dengan sayur-sayuran berzat tinggi supaya tidak cepat kehabisan tenaga. Sekiranya lapar, snek dapat digantikan dengan pengambilan jus buah atau snek yang sihat yang mengandungi tidak lebih dari 150 kalori | |
3. Memakan Pisang Di Pagi Hari. Seseorang yang memakan buah pisang di pagi hari akan cepat merasa kenyang dan mempunyai metabolisme tubuh yang lebih lancar. Kandungan kalori yang rendah menyebabkan pisang sesuai untuk dimakan sekiranya ingin menurunkan berat badan | |
4. Kurangkan Pengambilan Makanan Ringan. Makanan atau minuman ringan adalah kurang sihat dan biasanya mengandungi banyak kalori dan gula. Hal ini akan mengganggu usaha untuk mengurangkan berat badan. Seeloknya gantikan dengan makanan rendah lemak seperti biskut, buah-buahan dan amalkan pengambilan air putih atau air masak | |
5. Jangan Lambat Bersarapan. Antara kesilapan orang ramai dalam berdiet adalah melewatkan sarapan pagi. Waktu sarapan adalah waktu makan paling penting dalam sehari. Buat individu yang melewatkan sarapan, tubuhnya akan kurang bertenaga. Maka, apabila berasa lebih lapar pada waktu tengahari, kebiasannya seseorang individu itu akan mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding biasa | |
6. Makan Mengikut Waktu Dan Amalkan Diet Seimbang. Pola makan yang teratur dan seimbang dapat membantu seseorang mendapatkan tubuh yang sihat. Mengamalkan diet yang baik dan seimbang serta menepati waktu makan dengan betul seperti waktu sarapan, makan tengahari dan makan malam (tidak lebih dari pukul 7 malam) dapat membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik | |
7. Mendapatkan Tidur Yang Teratur Dan Cukup. Mengamalkan waktu tidur yang teratur dan cukup dapat membantu seluruh organ tubuh berfungsi dengan baik setiap hari. Dapatkan tidur sekurang-kurangnya tujuh (7) ke lapan (8) jam sehari agar tubuh dapat berehat untuk bekerja keesokan harinya. Hal ini dapat meningkatkan kesihatan serta membantu proses pencernaan untuk menghadam makanan dengan baik | |
8. Bersukan Atau Bersenam Dengan Teratur. Melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan seperti bersukan atau bersenam dapat membantu membakar kalori tubuh dengan lebih banyak. Contoh senaman yang dapat dilakukan adalah seperti berjogging, berbasikal, berenang, pilates, yoga dan banyak lagi. Untuk lebih efektif, lakukan senaman setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu |
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Cara Kira BMI yang betul ini memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi yang terkini dari semasa ke semasa. Terima kasih.
Related Link : Kebaikan Minyak Kelapa Sawit untuk Kesihatan 9 KHASIAT KOKO UNTUK KESIHATAN Keistimewaan Petai untuk Kesihatan