Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Isi Kandungan

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL MENGIKUT ISLAM

Ramai yang dah tahu tatacara mandi wajib, tapi adakah ianya betul berlandaskan ajaran islam. Jom sama-sama kita mempelajari cara mandi wajib yang betul mengikut ajaran islam.

Mandi wajib ataupun mandi junub disebut juga mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Seseorang lelaki atau perempuan yang mengeluarkan air mani secara sengaja atau tidak wajib baginya mandi junub.

 

CARA MANDI WAJIB

Hukum mandi wajib

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

Perkara-perkara yang membawa kepada mandi wajib ialah : 

  • Jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  • Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
  • Keluar darah Haid bagi wanita.
“Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
  • Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
  • Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
  • Mati.
  • Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”).
Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)

Rukun

Rukun mandi ada tiga perkara meliputi :

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah).

Niat

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari janabati fardhal lillaahi ta’aalaa” (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala).

 

mandi wajib
Contoh Niat Mandi Wajib

Cara mandi wajib

Mandi wajib hendaklah dikerjakan menggunakan menggunakan air mutlak iaitu air yang suci lagi menyucikan, dan tidak sah jika menggunakan air yang bukannya air mutlak.

Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah ra.,

“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

Cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

  1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
  2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
  3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
  4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
  5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
  6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
  7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
  8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
  9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
  10. Membasuh kedua telapak kaki sampai mata kaki.
cara mandi wajib
Tatacara mandi wajib yang betul.

RELATED ITEMS :   Panduan Membersihkan Tandas Secara Optimum Ibu Bapa Perlu Tahu, 10 Cara Mengajar Anak-anak Membaca DIY : Cara Mengosok Pakaian Paling Mudah dan Cepat Tidak sukar, ini adalah cara membina ikatan emosi dengan anak-anak 7 Cara Sihat dan Berkesan untuk Tambah Berat Badan CARA HILANGKAN WHITEHEAD DAN BLACKHEAD SECARA SEMULAJADI

 

 

 

 

 

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More