Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA MEMBEZAKAN KETULAN AIS

KETULAN AIS: Bagi yang mementingkan kesihatan dan kebersihan perkara ini akan selalu bermain di fikiran apakah ais ketul yang diminum diperbuat dari air paip  atau air yang sudah dimasak. Bayangkan jika selama ini restoran yang biasa kita pergi rupanya guna ais ketul dari air paip  yang tak dimasak. Kita sendiri maklum bahawa air paip yang tak dimasak mengandungi bakteria E.coli. Jadi mengambil ais dari air paip yang tak dimasak ini mungkin boleh memudaratkan kesihatan.

Pemantauan unit Kawalan Mutu Air Minum, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 1986, mendapati bahawa air yang dibekalkan oleh syarikat air bebas bakteria sebanyak  99.6% dan selamat untuk diminum. Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk mendidihkan air sebelum diminum.  Baru-baru ini, kualiti bekalan air di Malaysia semakin merosot akibat sistem rawatan air yang lama serta tidak sesuai bagi air sungai yang semakin tercemar. Pasir, kotoran, karat dan bahan pencemar di dalam paip bekalan air asbestos yang lama juga merupakan pencemar. Namun, punca utama kualiti bekalan air yang merosot adalah disebabkan pencemaran sumber air dan sungai yang semakin tinggi.

Menurut Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan UKM, Dr Kamal Azura, “air yang tidak dimasak boleh diminum tetapi dengan syarat haruslah menggunakan penapis air yang baik. Tanpa air, buah pinggang harus bekerja dengan lebih keras dan akan mendatangkan risiko penyakit seperti buah pinggang. Penggunaan sistem air RO (osmosis balikan) ataupun penyulingan air mempunyai kebaikan dan keburukannya. Air RO lebih sesuai digunakan oleh pesakit buah pinggang ketika melakukan proses dialisis. Mengambil tahu tentang kelebihan dan keburukan penapis air sebelum membelinya adalah penting, agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan.”

KETULAN AIS

Mendidihkan air sebelum diminum mampu mengelakkan risiko penyakit dan kematian. Namun, pencemaran yang semakin menular di negara kita sekarang, menjadikan air yang bebas bakteria dan kuman sahaja tidak dipandang releven. Faktor lain yang harus dipertimbangkan juga adalah punca air tersebut. Punca air paip yang bebas kuman, bakteria malahan bahan kimia adalah faktor yang harus diambil kira oleh setiap genap masyarakat dalam menyediakan air minuman. Masalah ini menimbulkan keraguan terhadap pengguna yang menyebabkan pengguna mula memilih jalan alternatif lain seperti, menggunakan air minuman di dalam botol, air mineral semulajadi, dan sistem rawatan air domestik di rumah (RO, rawatan karbon teraktif, proses penyulingan dan pertukaran ion dengan aluminium teraktif).

Jadi bagaimana kita hendak tahu ia dari air paip atau air yang dimasak?

CARA MEMBEZAKAN KETULAN AIS 1
KETULAN AIS

Air apabila dimasak, dididihkan atau menggunakan penapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung di dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

Sebaliknya untuk ais kiub yang menggunakan air paip, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air. Ikatan yang tidak sekata itu akan menyebabkan ais menjadi keruh.

Kajian juga mendapati ais kiub yang jernih lebih lambat cair kerana gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih. Ini kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik. Ini bermakna, kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa ‘memerangkap’ sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Bayangkan tengah seronok menikmati air kegemaran, terdapat rasa pelik seperti rasa hanyir yang mungkin diserap oleh gas ais kiub keruh.

Kebiasaannya, ais keruh yang diperbuat daripada air paip juga adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar. Selepas ini anda perlulah bijak ketika memilih atau membeli ais kiub di luar. Jangan nanti sakit perut pula!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More