Cara membuat aiskrim menggunakan blender Semudah 1, 2, 3!
Cara membuat aiskrim menggunakan blender ini sangat popular bagi yang penggemar aiskrim homemade. Banyak waktu yang terluang semasa PKP ini, apa kata kita cuba buat ice cream sendri di rumah. Anak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim vanila. Kadang-kadang beli sekotak kecil pun dah berapa Ringgit kan?
Malah bukan budak-budak saja yang gemarkan ice cream, kita yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.
Sebenarnya mudah sangat nak buat ice cream vanila ni. Tak perlu peralatan canggih, cuma menggunakan blender tapi tetap menghasilkan tekstur ice cream yang lembut dan lazat macam yang dibeli di kedai.
Jom tengok resepi aiskrim vanila homemade yang dikongsikan oleh Puan Nur Halim ini.
Menurut Puan Nur Halim, mereka sekeluarga minat sangat dengan ice cream vanila. Boleh dikatakan penggemar tegar ice cream vanila.
Jadi bila boleh buat sendiri ice cream vanila homemade ni, dapat jimat banyak.
Isi Kandungan
Cara membuat aiskrim menggunakan blender
Cara nak buat pun senang betul. Jadi, berbaloi buat sendiri di rumah. Berikut adalah bahan dan cara membuat ice cream vanila dengan lengkap.
BAHAN-BAHAN
- 1 tin susu cair
- Setengah tin susu pekat (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
- 1 sudu besar ovalette
- 2 penutup esen vanila (nak sedap guna creamy vanila)
- 1 sudu kecil tepung jagung
Cara-cara penyediaan
Caranya mudah saja, mula-mula kita satukan semua bahan ni dalam sebuah bekas.
Petama sekali.
ita kena masukkan Nak masukkan terus ke dalam blender pun boleh.
Step yang kedua.
Kemudian, terus blend je sampai agak likat.
Step terakhir.
Masukkan ke dalam bekas bertutup dan sejukkan dalam freezer. Siap! Lepas dah keras tu bolehlah makan. Mudah kan?
Selain dapat berjimat, kita juga boleh adjust rasa aiskrim ni ikut citarasa masing-masing. Tulah untungnya kalau kita buat sendiri. Kebanyakan orang sekarang suka yang kurang manis, jadi bolehlah kita kurangkan manis. Kepada yang sukakan aiskrim, anda juga boleh cuba RESEPI AISKRIM LOTUS BISCOFF yang sangat mengiurkan ini.
Boleh kita tambah bahan atau perasa lain?
Ya, boleh. Ada yang nak tambah bahan atau perasa lain pun boleh contohnya nak tabur biskut Oreo yang dihancurkan, nak campur buah strawberi, cip coklat atau sos coklat.
Adakah anda ingin cuba buat resipi ini dirumah?
Sudah semestinya. Kita mesti acam mana terliur kan? Marilah kita cuba buat, bahan-bahan pun mudah dan murah sahaja. Selamat mencuba resepi berkenaan dengan Cara membuat ice cream menggunakan blender ini.
Adakah Artikel Cara membuat aiskrim menggunakan blender ini menarik dan menjimatkan?
Ya, ianya sangat menarik dan kita pon boleh buat hanya dirumah. Dah tak perlu perli beli kedai ataupun order dari luar. Malahan kta juga bole buat dan jual kepada jiran tetangga nanti.