Cara Memohon MyCRS (Rebat Pembelian Carseat Kanak-Kanak 2022)
Cara Memohon MyCRS adalah mudah, dan pemohon bakal mendapat diskaun sebanyak 50% atau sehingga RM150 daripada harga kerusi keselamatan kanak-kanak.
Isi Kandungan
Apa itu MyCRS?
MyCRS adalah singkatan bagi Program Sistem Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia. Program ini adalah satu program rebat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS) khas untuk golongan B40. Program ini yang telah diumumkan Menteri Kewangan Malaysia di dalam pembentangan Bajet 2022 yang lalu bakal melibatkan sebanyak 188,000 penerima dengan jumlah dana diperuntukkan sebanyak RM30 juta.
Berdasarkan statistik sepanjang tahun 2011 sehingga 2020, golongan kanak-kanak dan belia merangkumi 47% daripada jumlah kes kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini. Ini didedahkan oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan pada Januari yang lalu menerusi ucapannya ketika majlis pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya 2022. (Sumber: Awani)
Program ini dengan itu bertujuan untuk meningkatkan kadar keselamatan kanak-kanak yang menaiki kenderaan di Malaysia, dengan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Dengan bantuan melalui subsidi ini, diharap golongan B40 dapat membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) bagi memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Jumlah subsidi yang disediakan bagi setiap pemohon adalah potongan sebanyak 50% atau sehingga RM150 daripada harga jualan CRS. Untuk lebih memahami lebih lagi tentang program ini, di bawah disediakan jadual subsidi bagi program MyCRS ini:
Jenis Subsidi |
Harga Jualan CRS |
Jumlah Subsidi |
Subsidi 1 |
RM300 ke bawah |
50% |
Subsidi 2 |
RM301 ke atas |
RM150 |
Siapa Yang Layak Memohon MyCRS?
Antara syarat-syarat untuk layak memohon MyCRS adalah seperti berikut:
- Penerima bantuan adalah dari kalangan kategori isi rumah B40
- Pemohon mestilah berumur 21 tahun ke atas.
- Pemohon telah berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat / anak jagaan berusia kurang daripada 12 tahun
- Ibu atau bapa tunggal/balu/janda/duda yang mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun
- Bagi kategori anak angkat, mestilah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Warganegara yang menetap di Malaysia
- Satu keluarga hanya layak menuntut rebat untuk satu CRS sahaja
- Terhad kepada 188,000 penerima.
Anda juga boleh melakukan semakan kelayakan secara atas talian di laman sesawang permohonan MyCRS seperti di ilustrasi di bawah.
Kategori CRS Yang Layak
Sebelum ibu ayah / penjaga memohon untuk program subsidi ini, perlu anda tahu akan kriteria yang perlu dipenuhi bagi produk CRS yang boleh dibeli melalui program ini. Kriteria bagi CRS yang diiktiraf di bawah program ini adalah seperti berikut:
- Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No 44 atau No 129.
- Mempunyai kelulusan Jenis Komponen CTA oleh JPJ
- Mempunyai pelekat label kod QR MIROS.
- Semakan senarai carseat / CRS yang memenuhi kriteria ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa di laman sesawang MIROS.
Cara Memohon MyCRS
Permohonan untuk program subsidi ini akan bermula pada 1 Mac 2022 dan akan berakhir pada 30 September 2022. Pemohon hanya perlu menyediakan dokumen pengenalan diri iaitu kad pengenalan (myKad). Berikut adalah langkah mudah untuk membuat permohonan secara atas talian:
- Semak kelayakan di laman sesawang MyCRS sebelum anda membuat permohonan.
- Pemohon hendaklah membuat permohonan dengan melengkapkan permohonan di laman sesawang MyCRS mulai 1 Mac 2022.
- Bermula 1 April 2022, pemohon boleh semak keputusan permohonan subsidi secara atas talian.
- Bagi pemohon yang layak dan berjaya memohon subsidi, rebat boleh ditebus melalui pembelian CRS dengan penjual bertauliah yang disenaraikan di laman sesawang MyCRS.
- Setelah berjaya mendapatkan CRS dengan rebat, diharap anda dapat menggunakannya setiap masa bagi melindungi anak anda ketika berada di dalam kenderaan.
Info Tambahan
Bagi anak-anak yang bakal lahir pada tahun 2022, pemohon boleh hantar emel bukti kelahiran anak beserta bukti anda sebagai penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ke [email protected].
Untuk maklumat tambahan, boleh muat turun maklumat terperinci seperti berikut:
Muat Turun Maklumat Berkenaan MyCRS di sini:
Di sini admin nak kongsikan pautan (link) untuk membuat permohonan beserta muat turun maklumat penting berkenaan program MyCRS ini. Silakan share link ini dengan semua rakan dan keluarga, terutama bagi mereka yang layak untuk memohon.
- Klik pautan ini: http://www.mycrs.gov.my/ bagi proses semak kelayakan atau permohonan
- Panduan Pengguna
- Soalan Lazim
- Senarai Wakil Penjual
- Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak MIROS