Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online

Isi Kandungan

Permohonan Pengeluaran i-Lestari

Semasa artikel ini ditaip, Tutorial yang dikongsikan oleh saudara Luqman Hariz di Facebook beliau sudah dikongsi sebanyak 61K!! Wahhh..mesti ramai yang sedang online sekarang ni kan. Patutlah ‘Trafik Jammed’ bila  penulis nak masuk ke laman KWSP.
Memandangkan masih ramai yang keliru tentang bagaimana caranya untuk memohon pengeluaran akaun 2 KWSP atau Pengeluaran i-Lestari sebanyak RM500 sebulan, berikut kami kongsikan langkah demi langkah pengeluaran i-Lestari secara online. Semoga dengan perkongsian ini akan dapat membantu semua yang memerlukan.
1. Sila layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 1
2. Pilih i-Akaun Ahli dan masukkan ID dan Password anda. 
Sekiranya terlupa kata laluan, anda boleh klik “Forgot User ID / Password” untuk mendapatkan kata laluan baru.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 2
3. Kemudian pilih “Withdrawal” pada bahagian atas sebelah kanan.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 3
4. Tekan “New Application” untuk membuat pengeluaran.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 4
5. Pilih “Withdrawal Type”.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 5
6. Pilih i-Lestari untuk pengeluaran RM500 sebulan.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 6
7. Akaun keluar satu popup notis. Sila klik pangkah atau “X”
8. Kemudian klik “Next”.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 7
9. Kemudian masukkan amaun pengeluaran yang anda inginkan. Minima RM50 manakala maksima RM500 sebulan.
10. Pilih jenis bank dan masukkan nombor akaun anda.
Pastikan akaun anda aktif. KWSP akan terus masukkan duit mengikut butiran maklumat yang anda isi.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 8
11. Jika perlu, sila kemaskini maklumat terkini anda.
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 9
12. Kemudian klik ✔️ pada ruang checkbok.
13. Klik “Request TAC”
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 10
14. Masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan dan klik “Submit”
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 11
15. Siap!
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 12
Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online 13

Semua gambar yang dikongsikan ini adalah dari Facebook Luqman Hariz. Jika masih ada keraguan, korang bolehlah hubungi pihak KWSP di laman web mereka ya.

Terima kasih dan jangan lupa #StayAtHome.

 

Soalan Lazim Tentang I-Lestari

BIL SOALAN & JAWAPAN
ASAS
1 Tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2 Konsep am Pengeluaran i-Lestari.
Konsep am Pengeluaran i-Lestari adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
3 Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
4 Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
5 Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
6 Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7 Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.
8 Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran i-Lestari.
Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :

  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

9 Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
10 Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
11 Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More