CARA MOHON BKM BUJANG 2022 – BANTUAN SEHINGGA RM600
Cara Mohon BKM Bujang 2022 ini dikongsikan bagi membantu memudahkan urusan anda membuat permohonan bantuan BKM bujang. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini boleh didaftar dan dikemaskini secara online.
Dalam pembentangan Bajet 2022 yang lalu, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengumumkan bantuan khas untuk orang bujang yang membabitkan seramai 4.8 juta penerima di Malaysia. Selain BKM, kerajaan juga menyediakan bantuan E-Wallet RM150 khas untuk golongan belia.
Isi Kandungan
APAKAH BKM BUJANG 2022?
BKM adalah Bantuan Keluarga Malaysia yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia seperti yang telah dibentangkan dalam pembentangan Bajet 2022. Bantuan ini dikategorikan kepada beberapa kategori seperti kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan dan Bujang.
Untuk golongan bujang dengan pendapatan di bawah RM2,500 ke bawah, penerima akan dapat RM350. Manakala, untuk warga emas bujang/ tiada pasangan dan pendapatan bawah RM5,000 akan dapat RM600.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) BUJANG 2022 ?
Berikut adalah jumlah bantuan MyBKM Bujang :
BAGAIMANA CARA MEMBUAT PERMOHONAN BKM BUJANG 2022?
Untuk permohonan baharu atau kemaskini BKM 2022, berikut adalah cara permohonan :
- Buka pautan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
- Klik pada Permohonan Baharu bagi permohonan kali pertama atau tekan Log Masuk BKM jika ingin mengemaskini permohonan.
- Tekan Kemaskini Permohonan.
- Masukkan No.IC/ Kad Pengenalan anda dan tekan butang Semak.
- Isi setiap maklumat yang bertanda * (mandatori) & klik butang Teruskan.
- Seterusnya, isi Kod Captcha & tekan Sahkan Captcha.
- Sila tandakan Tick pada butang Perakuan Pemohon.
- Akhir sekali, tekan butang Hantar untuk teruskan permohonan.
BILAKAH TARIKH PEMBAYARAN BKM AKAN DIBUAT?
Pembayaran MyBKM 2022 ini akan dilaksanakan sebanyak 4 kali setahun khas bagi mereka yang tergolongan dalam golongan penerima isi rumah.
Bagi yang bujang, berkemungkinan akan dibayar sebanyak 2 kali atau lebih sama seperti pembayaran BPR & BKC sebelum ini. Tarikh rasmi akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Semoga perkongsian berkaitan Cara Mohon BKM Bujang 2022 ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan bujang untuk membuat permohonan terutama buat golongan bujang yang terjejas dengan banjir besar baru-baru ini. Bantuan ini mungkin dapat digunakan untuk membaiki kenderaan atau barang rumah yang rosak dalam kejadian tersebut.