CARA MOHON KURSUS DALAM TALIAN EPSA 2020
TALIAN EPSA : Kursus dalam talian merupakan perkongsian terbaru khas untuk semua guru dan para pentadbir bagi membantu mencukupkan jam kredit kursus SPLKPM bagi tahun 2020 ini.
Anda semua diwajibkan memilih sekurang-kurangnya 2 kursus daripada EPSA seperti senarai di bawah.
Kursus-kursus yang telah selesai hendaklah direkodkan di dalam Modul Individu SPLKPM : Pembelajaran Kendiri : e-Pembelajaran untuk dikira sebagai bilangan hari kursus.
Berikut adalah langkah-langkah daftar kursus EPSA perkongsian dari FB https://www.facebook.com/ernanina
Isi Kandungan
TALIAN EPSA : Langkah-langkah Daftar Kursus EPSA
CARA BUAT EPSA (PILIH 2 KURSUS WAJIB)
1. Taip epsa.gov.my
2. Klik LOG MASUK
3. ID : no.mykad,
PASSWORD : eps@(6 no.akhir ic)
4. Kemaskini Profil diri
5. Bila da masuk dlm laman diri, isi bahagian GAYA PEMBELAJARAN SAYA (tambahan je ni, tak buat lagi pun takpe kot)
6. Pilih kursus pada bahagian KATALOG KURSUS
7. Pilih yang ada sijil. Klik pada gmbr untuk dpt info ringkas tentang kursus
8. Klik DAFTAR pada kursus yang dipilih
9. Pastikan klik pada semua slide, latihan dan ujian yang ada untuk lulus.
10. Di akhir sesi, akan keluar ruang untuk jana SIJIL.
Harap dapat membantu :blush:
SELAMAT BER’EPSA’
INI CARA TAK PERLUKAN VERIFICATION LETTER. HANYA PERLU SIGN IN SHJ.
Kalau option “SIGN IN” tak lepas, boleh cuba klik pada LUPA KATA LALUAN. Nanti you all akan received new pasword melalui emel.
Just sharing, during PKP ni banyak cikgu-cikgu dan staf kena selesaikan kursus dalam talian.
Good luck 🙂 by https://www.facebook.com/ernanina
Mudah sahaja kan. Semuanya di hujung jari.
TIPS : sila pastikan anda melihat semua slide dalam waktu yang ditetapkan (tidak skip) sehingga tamat untuk lulus dengan mudah
Jika tidak, anda perlu mengulang semula sehingga cukup syarat jam yang ditetapkan.
Jadi, peruntukanlah masa yang diberikan dalam tempoh PKP ini untuk mengambil peluang menyelesaikan kursus dalam talian ini. Ia sangat mudah untuk diselesaikan dan tidak mengambil masa yang lama.
Semoga bermanfaat.