Cara Mudah Menjaga Rambut Lembut dan Berkilat
Adakah helaian rambut anda telah menjadi kasar, suram dan tidak bermaya? Hati-hati! Ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak betul tentang cara penjagaan rambut anda, ataupun kesihatan anda.
Untuk memastikan tidak ada sebarang masalah, lakukan ujian berikut: Asingkan sepintal rambut dan simpulkannya menggunakan jari anda. Kemudian lepaskan simpulan itu dengan serta-merta. Adakah simpulan itu terlerai dengan cepat atau kekal tersimpul? Tahniah, jika simpulan terlerai dengan cepat! Rambut anda cukup kuat untuk meleraikan simpulan itu dengan sendirinya.
Satu lagi ujian untuk mengetahuinya adalah dengan melepaskan rambut anda ketika di dalam tub mandi atau kolam. Adakah ia terapung atau tenggelam? Jika ia tenggelam, anda perlu buat sesuatu. Rambut anda mungkin lebih poros daripada yang anda sangka.
Tetapi anda boleh mengubahnya dan penyelesaiannya agak mudah. Ubah saja beberapa kebiasaan harian. Ketahui apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan rambut lembut dan berkilat.
Isi Kandungan
UNTUK MENDAPATKAN RAMBUT LEMBUT, MULAKAN DENGAN MEMBILAS
Percayalah, bilasan rambut sama pentingnya dengan syampu dan perapi. Ia memulihkan struktur dan alunan rambut anda sejurus selepas mandi, kerana tiada mendapan tertinggal yang memberatkan rambut anda. Satu lagi langkah penting ialah menggunakan air sejuk. Air bersuhu rendah membantu mengedapkan kutikel rambut, yang memerangkap air dan nutrien daripada produk yang digunakan pada rambut. Anda tidak suka mandi dengan air sejuk? Tiada masalah. Basuh rambut anda dengan air suam seperti biasa dan percikkan saja air sejuk setelah selesai
JANGAN SIKAT RAMBUT ANDA SECARA KETERLALUAN
Meleraikan kekusutan rambut yang berlebihan boleh menyebabkan rambut putus, lebih teruk daripada masalah hujung rambut bercabang. Beri perhatian kepada cara biasa anda menyikat rambut; cara yang betul ialah menyikat dari hujung ke akar, bukan sebaliknya. Untuk rambut lembut dan kurang mengembang, gunakan sikat atau berus kayu. Tidak seperti plastik atau logam, bahan ini tidak mengeluarkan caj statik yang menyebabkan rambut kembang. Selain daripada itu, elakkan daripada menyentuh rambut anda terlalu kerap! Tangan anda mungkin kelihatan bersih, tetapi anda mungkin memindahkan kotoran dari tangan anda ke rambut dan kulit kepala anda.
KRIM RAWATAN + TOPI MANDI = GANDINGAN YANG TIADA TANDINGAN
Penghidratan adalah penting untuk mendapatkan rambut lembut. Untuk meningkatkan hasil spa rambut anda di rumah, gunakan topi plastik selepas menyapu krim rawatan pada helaian rambut dan biarkannya selama tempoh masa yang tertera pada label. Haba seketika yang tidak begitu kuat di dalam topi menyebabkan kutikel rambut terbuka dengan cepat, dan ini menambahkan nutrien pada rambut dengan lebih mudah.
ELAKKAN ALAT PENGERING DAN PELURUS RAMBUT
Sebaliknya, haba berlebihan boleh merosakkan rambut yang lembut. Apabila anda menggunakan peralatan yang dipanaskan seperti alat pengering rambut, alat pelurus rambut dan pengeriting rambut, lindungi pintalan rambut anda dengan pelindung haba. Produk ini adalah seperti penghalang matahari untuk rambut. Ia sesuai untuk kegunaan harian kerana ia juga membantu melindungi rambut daripada kesan berbahaya sinaran UV.
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara Mudah Menjaga Rambut Lembut dan Berkilat ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.
Artikel lain: 6 Tempat Simpan Duit Di Rumah Yang Hebat