Cara Mudah Pasang Exhaust Fan, Jom Ikuti 4 Langkah Ini!
Cara Mudah Pasang Exhaust Fan bagi rumah mereka yang tidak mempunyai penyaman udara sangat penting pada musim panas seperti sekarang ini.
Sejak kebelakangan ini Malaysia telah dilanda cuaca panas yang melampau khususnya di kawasan Semenanjung Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia juga sentiasa mengeluarkan amaran cuaca panas pada tempat-tempat yang terlibat bagi memberi amaran waspada.
Banyak kawasan rata-rata mencatatkan bacaan suhu melebihi 30 darjah Celcius. Malah fenomena El Nino yang diramal melanda dunia bermula Jun ini bakal menyaksikan kenaikan suhu pada masa yang akan datang.
Dalam cuaca yang sangat panas ini, penggunaan perkakas elektrik seperti pelembap udara, pendingin hawa, kipas bertambah kerap dari semasa ke semasa.
Selain itu, meletakkan bekas (seperti baldi atau besen) yang mengandungi air di beberapa titik tumpu dalam sesuatu ruang di tempat kediaman masing-masing juga antara kaedah kurang konvensional yang diguna pakai orang ramai bagi menangani rasa bahang.
Sebenarnya, salah satu cara mudah yang perlu dilakukan untuk menghilangkan rasa bahang di rumah adalah memasang exhaust fan pada bahagian atas rumah. Hal ini adalah untuk memudahkan pengaliran aliran udara panas yang memiliki tekanan rendah untuk keluar daripada ruang tersebut.
Namun pemasangan exhaust fan ini agak sukar, lagi-lagi jika dinding tidak memiliki sebarang lubang yang mampu memuatkan bahagian ini. Jika ada tingkap sekalipun, ia merupakan tingkap jenis nako yang biasanya agak ‘takut’ diusik kerana kebarangkalian cermin kaca untuk menggelongsor agak tinggi.
Sehubungan dengan itu, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Aiman Meelo (@aimanmeelobiz) telah berkongsi Cara Mudah Pasang Exhaust Fan pada tingkap nako.
Cara Mudah Pasang Exhaust Fan
Biasanya, exhaust fan akan dipasang pada bahagian rumah paling panas iaitu dapur kerana aktiviti menghasilkan banyak haba berlaku di kawasan tersebut.
Dalam video yang berdurasi satu minit satu saat ini, Aiman menunjukkan cara memasang kipas tersebut yang memiliki saiz kira-kira 10 inci persegi.
Disebabkan tingkap berkenaan memiliki jeriji, maka Aiman akan memasang kipas berkenaan dari bahagian belakang tingkap tersebut.
Antara Cara Mudah Pasang Exhaust Fan yang dikongsikan oleh Aiman adalah seperti berikut.
Langkah 1: Sebelum memulakan kerja pemasangan exhaust fan, anda perlu meletakkan plug point yang berdekatan dengan tempat pemasangan kipas tersebut. Ini disebabkan, kipas berkenaan memerlukan tenaga elektrik untuk berfungsi. Dengan adanya plug point, anda boleh menyambungkan sumber tenaga elektrik pada kipas tersebut untuk mengalirkan udara panas keluar dari tempat kediaman anda.
Langkah 2: Seterusnya, potong bahagian tingkap mengikut saiz kipas berkenaan. Sebagai contoh, jika kipas tersebut memakan ruang sebanyak dua panel tingkap, tanggalkan bahagian tersebut. Jika ada bahagian besi di tengah-tengahnya, potong bahagian besi tersebut.
Langkah 3: Pasang exhaust fan anda pada tempat yang dikehendaki.
Langkah 4: Selepas memasang exhaust fan, tutup bahagian yang terbuka dengan menggunakan apa-apa bahan seperti kotak atau pun bahan. Potong bahan tersebut mengikut saiz kawasan yang terbuka tadi untuk mengelakkan serangga atau haiwan liar memasuki tempat kediaman pada waktu malam.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Mudah Pasang Exhaust Fan ini dapat menjadikan anda di luar sana lebih bijak dalam melaksanakan kehidupan harian. Semoga perkongsian Cara Mudah Pasang Exhaust Fan ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.