Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital ini sangat penting untuk semua pelanggan Toyota khususnya kerana kini baki pinjaman boleh disemak hanya menggunakan hujung jari sahaja.

Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd. ialah anak syarikat Toyota Financial Services Corporation (TFSC), yang mengkhususkan kepada kewangan kenderaan untuk Toyota Motor Corporation (TMC) di seluruh dunia.

TFSC memberi tumpuan kepada menawarkan perkhidmatan kewangan yang komprehensif memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Sehingga kini, TFSC telah berkembang ke 37 negara dan wilayah termasuk Amerika, Eropah, Afrika, Asia-Pasifik, China dan Jepun.

TFSC telah ditubuhkan pada Julai 2000 sebagai syarikat induk untuk anak syarikat kewangan TMC yang menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan untuk menyokong penjualan kenderaan Toyota.

Isi Kandungan

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Toyota Capital Malaysia adalah:

  1. Toyota EZ Beli Plan – Toyota EZ Beli ialah pelan Sewa Beli di mana anda menikmati ansuran bulanan yang lebih rendah dalam 3 tahun pertama tempoh pinjaman dan meningkat secara sederhana sepanjang tempoh.
  2. Toyota Flexi Plan – Pelan Toyota Flexi ialah cara terbaik untuk memiliki kereta Toyota serba baharu kerana anda boleh mengurangkan jumlah faedah yang dibayar dan tempoh pinjaman dengan membuat pembayar tambahan apabila anda mampu.
  3. Toyota Drive Plan – Toyota Drive ialah produk pajakan Islam yang menawarkan banyak ciri dan faedah yang tidak terdapat dalam Sewa Beli.
  4. Al-Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB) – Pembiayaan kereta patuh Syariah berdasarkan prinsip pajakan (Ijarah) diikuti dengan penjualan (Al-Bai’).
  5. Conventional Hire Purchase – Toyota Capital menawarkan kadar yang kompetitif di pasaran untuk mana-mana individu memiliki kereta idaman mereka.
  6. Commercial Vehicle Lease – Bagi pemilik perniagaan yang sibuk / yang menguruskan banyak kenderaan kegunaan komersial, ini adalah satu penyelesaian pajakan automotif yang menguruskan segala-galanya.

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Aplikasi TCAP EZ Connect

Pihak Toyota Capital telah membangunkan aplikasi untuk telefon mudah alih yang dikenali sebagai TCAP EZ Connect untuk memudahkan pelanggan mereka membuat semakan baki pinjaman Toyota Capital mereka.

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital

Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital adalah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi TCAP EZ Connect.
  2. Sila lakukan pendaftaran sekiranya anda pengguna baharu.
  3. Setelah selesai pendaftaran, buka aplikasi TCAP EZ Connect dan log masuk ke akaun anda.
  4. Pilih Account pada bahagian menu.
  5. Pillih Pinjaman / Loan untuk semakan baki pinjaman anda.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital ini, anda boleh ikuti perkembangan lanjut daripada Toyota Capital Malaysia dari semasa ke semasa.

Diharapkan info tentang Cara Mudah Semak Baki Pinjaman Toyota Capital ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More