Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan Supaya Tidak Mudah Ditipu
Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan sangat penting untuk diketahui oleh semua yang mempunyai kenderaan supaya tidak mudah ditipu apabila ingin menukar tayar baharu di kedai tayar.
Tayar kereta yang baharu dan mempunyai cengkaman yang padu dapat memastikan perjalanan yang lebih selamat dan berjalan lancar. Bagi mereka yang mahu menukar tayar, pastikan tahun tayar dikeluarkan adalah tahun yang terbaharu dan terkini.
Ini kerana tayar kereta adalah salah satu komponen penting yang perlu dititikberatkan oleh pemilik kenderaan selain daripada penjagaan enjin, bateri dan sebagainya.
Ilmu ini sangat penting bagi mengelak anda daripada menjadi mangsa penipuan oleh kedai-kedai tayar di luar sana. Namun bagaimana cara nak pilih tayar yang baharu dan sesuai untuk kegunaan di jalan raya?
Justeru, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana cara mahu mengenali tayar mengikut tahun pengeluarannya, jom ikuti perkongsian berikut.
Isi Kandungan
Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan
Pasti ramai yang memerlukan ilmu tentang Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan ini, bukan?
Penjagaan kenderaan yang baik dapat memastikan kemampuan sesebuah kenderaan tersebut sentiasa berada di tahap yang optimum. Penjagaan kenderaan daripada segi tayar, enjin, bateri dan segala kelengkapan yang ada sangat diperlukan bagi memberikan jaminan ketahanan dan keberkesanan pemanduan yang selesa.
Perkongsian berkenaan telah dikongsikan oleh seorang lelaki di akaun TikTok miliknya.
Menurut lelaki itu, untuk mengetahui tahun bila tayar kereta dibuat ialah dengan melihat sendiri ‘tagging‘ yang ditulis pada tayar tersebut. Mengetahui tahun pembuatan tayar kenderaan juga sangat penting supaya keadaan tayar baharu yang kita beli mempunyai fungsi yang terbaik dan boleh pakai lama.
“Kalau korang nak tahu bila tayar kereta di buat, korang boleh tengok dekat tayar dia ada tulis. Contoh, kereta ni punya tayar 1622. Maksudnya dibuat pada minggu ke-16 tahun 2022,” kata lelaki itu menerusi video perkongsian tersebut.
Justeru tayar tersebut dibuat pada minggu ke-16 pada tahun 2022.
Tambahnya, selain tahun buatan tayar, pada tayar tersebut anda juga boleh mengetahui keadaan tayar seperti
- Kadar kehausan tayar.
- Cengkaman tayar sewaktu melakukan brek.
Maksud treadwear, traction dan temperature
“Untuk info tambahan, treadwear, traction dan temperature. Kalau treadwear ni untuk kadar kehausan tayar. Maksudnya lagi tinggi nombor dekat tayar sebagai contoh dekat sini ada 340, maka lagi lambat haus tayar ni. Kalau contoh ada tayar 400, maksudnya dia punya bunga ni lagi tebal lagi lambat haus. Kalau untuk traction ni pula, dia ada A paling tinggi, paling bagus AA. Lepastu dia ada A, B dan C. Traction ni untuk cengkaman waktu kita brek. Maksudnya kalau A ni dah kira bagus untuk brek,” tambahnya lagi.
Justeru, treadwear adalah untuk menentukan kadar kehausan tayar manakala traction pula adalah gred cengkaman sewaktu brek kenderaan.
Satu lagi ciri yang ditulis ialah temperature. Temperature ini pula adalah untuk kesesuaian tayar dalam keadaan cuaca bagaimana.
Bagi contoh yang ditunjuk dalam video perkongsian tersebut, tayar kereta itu memilik huruf A di mana ia menunjukkan cuaca yang panas. Kemudian ia juga ada huruf B untuk cuaca normal dan huruf C untuk cuaca yang sejuk.
Untuk lebih memahami Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan ini, anda boleh melihat video asal DISINI.
Credit Sumber: @blvkvrt
Begitulah Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan tadi yang telah dikongsikan oleh pengguna TikTok tersebut.
Jadi, anda sudah tahukan apa maksud tulisan yang ada pada tayar kenderaan anda. Selepas ini ketika ingin menukar tayar kenderaan, anda boleh minta periksa dahulu untuk tahu tentang tayar baharu anda.
Diharapkan dengan perkongsian Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan ini dapat memberi ilmu baharu dan tidak akan membuat anda mudah tertipu di masa akan datang jika ingin membeli tayar kenderaan.
Semoga perkongsian Cara Nak Tahu Tahun Pembuatan Tayar Kenderaan ini juga bermanfaat.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi tips-tips atau info yang menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.