Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Senarai Kedai MyKasih & Cara Pembelian SARA 2025

Berikut dikongsikan info terkini mengenai cara untuk menyemak kelayakan dan cara pembelian SARA untuk makluman semua rakyat Malaysia yang layak.

Isi Kandungan

Semakan Kelayakan SARA 2025

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup.

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kelayakan SARA 2025 adalah terhad kepada:

KategoriSyarat KelayakanTempoh Pelaksanaan
SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Januari 2025 – Disember 2025
SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 20251. Warganegara Malaysia; dan
2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
April 2025 – Disember 2025

Untuk menyemak kelayakan SARA 2025 anda serta melihat senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat, anda boleh semak pada pautan berikut:

>>>Semakan Status Kelayakan SARA 2025<<<

Senarai Kedai MyKasih & Cara Pembelian SARA 2025 1

Senarai Kedai MyKasih

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas.

MyKasih mempunyai lebih daripada 1,200 rakan niaga di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

>>>Senarai Kedai MyKasih<<<

Cara Pembelian SARA

Cara pembelian SARA adalah seperti langkah-langkah berikut:

Langkah 1Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 13 kategori barangan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
Langkah 2Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
Langkah 3Tukar Nombor Pin
Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
Langkah 4Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Langkah 5Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
Langkah 6Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Cara Pembelian SARA
Senarai Kedai MyKasih & Cara Pembelian SARA 2025 2
Cara Pembelian SARA

Senarai Barang MyKasih

Penerima SARA 2025 boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan, iaitu:

  1. beras;
  2. roti;
  3. telur;
  4. minyak masak;
  5. tepung;
  6. biskut;
  7. mi segera;
  8. minuman (contoh: susu, milo, teh, nescafe);
  9. makanan dalam tin (contoh: sardin, tuna, kacang panggang);
  10. bahan perasa (contoh: sos, kicap, gula, garam);
  11. produk kebersihan diri (contoh: ubat gigi, sabun cecair mandian, tuala wanita);
  12. ubat-ubatan (contoh: panadol, ubat batuk, dan lain-lain yang diluluskan oleh KKM); dan
  13. barangan persekolahan (contoh: pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah, alat tulis).

Kaedah Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah-kaedah berikut:

  • Semakan pada portal rasmi MyKasih:

>>>Semakan Baki SARA Dalam Akaun MyKad Penerima Disini<<<

  • Semakan baki pada resit pembelian:
Senarai Kedai MyKasih & Cara Pembelian SARA 2025 3
Cara Pembelian SARA

Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk soalan-soalan lazim berikut:

Adakah Penerima Perlu Bayar Lebihan Amaun Sekiranya Amaun Pembelian Melebihi Baki Semasa SARA Dalam MyKad Penerima?

Ya.

Pembelian adalah terhad kepada barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan sahaja.

Pembelian selain barangan tersebut dan pembelian melebihi baki semasa SARA dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.

Penerima Tidak Menghabiskan Baki Elaun Tersebut Pada Bulan Semasa, Adakah Baki Elaun Tersebut Boleh Dibawa Ke Bulan-Bulan Seterusnya?

Ya.

Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2025 akan luput secara automatik.

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More