Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Permohonan Moratorium Bank Islam PKP 3.0

Permohonan moratorium Bank Islam telah dibuka bagi salah satu bantuan pinjaman terkandung dalam PEMERKASA+. Program Prihatin Bersasar adalah satu program yang ditawarkan kepada pelanggan Bank Islam yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19 berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Matlamat Program Prihatin Bersasar adalah untuk membantu pelanggan yang menghadapi kekangan kewangan sementara akibat daripada pandemik COVID-19.

Isi Kandungan

KRITERIA 1

Pelanggan yang diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan 2021 (termasuk individu yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja kontrak atau bekerja sendiri) dan masih belum bekerja semasa tarikh permohonan)

PAKEJ BANTUAN / MORATORIUM BANK ISLAM YANG DITAWARKAN DALAM TEMPOH PKP 3.0

  • Penangguhan pembayaran balik ansuran bulanan selama tiga (3) bulan; atau
  • Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50% selama enam (6) bulan.

KRITERIA 2

Pemotongan gaji (gaji pokok / komisyen / elaun tambahan / elaun kerja lebih masa) pada tahun 2020 dan 2021

PAKEJ BANTUAN BANK ISLAM YANG DITAWARKAN DALAM TEMPOH PKP 3.0

  • Pengurangan pembayaran balik bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan selama 6 bulan

LAIN-LAIN KRITERIA YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN

  • Cuti Tanpa Gaji pada tahun 2020 dan 2021
  • Suami / Isteri yang kehilangan pendapatan (Bagi pembiayaan bersama dan bukan bersama) pada tahun 2020 dan 2021
  • Bekerja sendiri – Perniagaan terkesan pada tahun 2020 & 2021 dan masih beroperasi
  • Bekerja Sendiri-Perniagaan terkesan dan telah ditutup pada tahun 2020 dan 2021

Untuk kriteria-kriteria yang tersebut di atas, pelanggan akan ditawarkan pakej seperti penangguhan sementara ansuran bulanan atau pengurangan ansuran bulanan sepadan dengan pengurangan pendapatan tertakluk kepada penilaian dan kelulusan pihak Bank.

Cara Permohonan Moratorium Bank Islam PKP 3.0

i) Permohonan Online

Permohonan moratorium Bank Islam boleh dibuat secara atas talian dengan mengisi E-Borang

Permohonan Moratorium Bank Islam Mulai 1 Jun 2021

ii) Permohonan Manual

Permohonan Moratorium Bank Islam secara manual boleh dibuat melalui cawangan Bank Islam dengan mengisi Borang Permohonan Program Prihatin Bersasar.

Sila kunjungi cawangan Bank Islam terdekat. Senarai cawangan boleh didapati di sini.

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan Bank Islam di 03-26 900 900. Tanyakan soalan melalui Facebook Bank Islam Malaysia Berhad

Bantuan bayaran balik pembiayaan tersedia untuk semua yang terjejas ekoran pelaksanaan PKP 3.0.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menghadapi keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu. Di samping itu, marilah kita sama-sama doakan virus covid 19 ini dapat semakin menghilang dari negara kita khususnya dan juga diseluruh dunia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More