Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Permohonan Moratorium BSN PKP 3.0

Bank Simpanan Nasional (BSN) terus komited untuk menyalurkan moratorium dan bantuan bayaran balik kepada pelanggannya menerusi Bantuan Bayaran Balik Bersasar dalam mengharungi PKP 3.0 pandemik COVID-19.

Baca Juga: Permohonan Moratorium Automatik PKP 3.0 Bank Negara Malaysia

Sehubungan itu, beliau meminta pelanggan yang memerlukan bantuan segera untuk memohon pilihan yang bersesuaian.

Isi Kandungan

Syarat Permohonan Moratorium BSN PKP 3.0

Proses permohonan moratorium BSN PKP 3.0 adalah mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang mana hanya pengisytiharan diri secara dalam talian diperlukan tanpa sebarang dokumen.

Menurut kenyataan itu, bantuan itu ditawarkan kepada pelanggan yang hilang pekerjaan, mengalami pengurangan pendapatan dan segmen B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan itu turut ditawarkan kepada perusahaan mikro dengan nilai kemudahan diluluskan sehingga RM150,000 dan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelanggan boleh memilih bantuan tiga bulan penangguhan ansuran bulanan (moratorium), 50 peratus pengurangan ansuran bulanan untuk tempoh enam bulan atau penstrukturan semula (bagi pinjaman/pembiayaan sewa beli dan pinjaman/pembiayaan berkadar tetap),” menurut kenyataan itu.

Cara Permohonan Bantuan Bayaran Balik Pinjaman / Moratorium Bank Simpanan Nasional

Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan boleh membuat permohonan moratorium BSN online melaluihttps://www.bsn.com.my/page/TRA.

Anda perlu mengisikan borang TRA (Targeted Repayment Assistance) yang akan terpapar seperti dalam gambar di bawah:

Permohonan Moratorium BSN PKP 3.0

Isikan alasan permohonan beserta status pendapatan anda.

Permohonan Moratorium BSN PKP 3.0

Isikan tanda tick pada kotak pengesahan sebelum menghantar borang.

Cara Permohonan Moratorium BSN PKP 3.0 1

Borang permohonan anda akan diproses dan anda akan menerima notis kelulusan moratorium dalam masa 5 hari bekerja. Pengesahan penerimaan permohonan juga akan dihantar nelalui SMS.

Contoh notis SMS yang akan diterima apabila moratorium diluluskan adalah seperti di bawah:

Moratorium bsn pkp 3.0

Sila ambil tindakan terhadap e-mel atau SMS yang akan diberikan oleh pihak bank.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More