Cara Semak Scammer Secara Online
Terdapat pelbagai cara semak scammer secara online telah dilaksanakan bagi mengelakkan penipuan oleh scammer ketika ini semakin berleluasa tanpa mengira situasi dan sudah tidak asing lagi. Malah penipuan melalui telefon juga semakin menjadi-jadi apabila bilangan mangsa meningkat setiap hari.
Peniaga online yang menipu pembeli atau scammer online seringkali menjadi igauan ketika penguna ingin membuat pembelian online. Tidak kiralah di Facebook, instagram atau pun laman web jualan online seperti mudah.my atau lazada, sudah pasti ada penipu online sebegini. Bagaimanakah caranya untuk mengetahui atau menyemak sama ada penjual yang anda sedang berurusan itu bukanlah scammer?
Penulis sendiri pernah tertipu oleh scammer. Huhu…sakit hati bila mengenangkan tragedi ditipu setahun yang lalu. Nilai RM800 yang ditipu itu memang menyakitkan hati. Lupakan kisah sedih. Penulis ingin kongsikan Cara Semak Scammer Secara Online , panduan lengkap untuk menyelamatkan anda dari terjatuh ke perangkap scammers ini.
Anda hanya perlu memasukkan nombor akaun untuk semakan dan sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.
Isi Kandungan
SEMAK SCAMMER SECARA ONLINE
Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan scammer ini menggunakan laman web yang disediakan oleh PDRM:
LANGKAH 1:
LANGKAH 2:
Masukkan No. Akaun Bank suspek penipuan di ruangan yang disediakan dan juga kod Captcha lalu tekan Semak Maklumat.
Selain itu, pengguna juga boleh memasukkan nombor telefon suspek yang dianggap cuba melakukan penipuan dengan memilih kategori ‘Nombor Telefon’
LANGKAH 3:
Setelah itu, paparan maklumat akan ditunjukkan sama ada terdapat laporan yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit ataupun tidak.
Sekiranya tiada, maklumat turut akan dipaparkan bagi bilangan jumlah carian yang pernah dibuat bagi Nombor Akaun/Nombor Telefon terbabit yang menunjukkan terdapat kemungkinan cubaan penipuan pernah dilakukan.
Pengguna dinasihatkan untuk berhati-hati dengan laman web yang mencurigakan.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL JIKA ANDA DITIPU
Sekiranya nombor akaun/nombor telefon yang dimasukkan mempunyai rekod laporan penipuan dan pengguna telah pun melakukan transaksi kewangan dengan mereka,
JANGAN PANIK dan ikuti langkah tindakan yang perlu diambil antaranya:
- Membuat Laporan Polis dengan menyertakan bukti seperti resit transaksi dan sebagainya
- Sekiranya melibatkan jumlah kewangan yang besar, hubungi penasihat kewangan dan dapatkan bantuan nasihat daripada mereka
- Maklumkan kepada orang ramai agar tidak berlaku kejadian yang sama kepada orang lain
MAKLUMAT PENTING!!
Selain membuat semakan di laman CCID yang disediakan pihak PDRM, terdapat beberapa cara yang boleh diambil oleh pengguna untuk mengenalpasti skim sindiket penipuan iaitu:
- Sekiranya melayari sesebuah laman web, lihat dan pastikan sama ada ianya lengkap, meyakinkan dan boleh dipercayai atau tidak
- Baca komen atau testimoni daripada pelanggan-pelanggan lain
- Sekiranya berurusan secara langsung, lihat dan kenalpasti gambar profil yang digunakan di Facebook/Whatsapp adakah gambar betul atau palsu
- Pengguna boleh mencari nombor telefon/nombor akaun suspek di laman web seperti Facebook dan Google untuk melihat sama ada pernah atau tidak orang lain terlibat dalam situasi sama
- Buat perbandingan harga barang/servis di platform lain, sekiranya didapati jauh berbeza iaitu terlalu murah maka pengguna harus berhati-hati
- Anda digalakkan untuk bertemu penjual tersebut atau secara COD sekiranya membuat transaksi melebihi RM1,000.
Maklumat Lanjut Cara Semak Scammer Secara Online
Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan Skim Penipuan Secara Online, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:
- Telefon : 03-26101222
- Faks : 03 – 26101000
- Bilik Gerakan : 03-26101599
- Alamat : Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
Polis Diraja Malaysia,
Aras 33, Menara 238,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur. - Laman Facebook Rasmi CCID, PDRM
- Laman Web Rasmi CCID, PDRM
Kesimpulan Cara Semak Scammer Secara Online
Penulis ingin nasihatkan juga agar anda sentiasa berhati-hati dalam melakukan apa juga aktiviti online yang melibatkan transaksi wang. Sekiranya laman web atau peniaga itu nampak mencurigakan, segeralah membuat semakan di laman web CCID.
Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada