Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Semak Status Permohonan I-Lestari KWSP

Sebelum ini, penulis ada kongsikan  Cara Memohon Pengeluaran i-Lestari Secara Online. Sesiapa yang ada dan telah mengisi permohonan I-Lestari, anda boleh semak status permohonan tersebut secara online juga.

Kali ini, penulis ingin kongsikan pula Cara Semak Status Permohonan I-Lestari. Jom !!

Cara Semak Status Permohonan I-Lestari KWSP 1

Langkah pertama : Anda kena masuk ke laman rasmi  I-Lestari

Langkah kedua : KLIK pada “SEMAK PERMOHONAN

Cara Semak Status Permohonan I-Lestari KWSP 2

Langkah Ketiga : Sila Masukkan No. Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang anda telah daftarkan sebelum ini , dan jangan lupa TICK √ pada ‘Saya Bukan Robot’, kemudian klik SEMAK.

Cara Semak Status Permohonan I-Lestari KWSP 3

Selepas itu, jika LULUS paparannya adalah seperti yang tertera pada gambar di atas.  Dan dinyatakan “Bayaran pengeluaran bulan pertama akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda bermula 4 Mei 2020”.

Soalan Lazim Mengenai i-lestari

Berikut adalah Soalan Lazim Untuk Rujukan anda sekiranya ada kemusykilan, dan jika masih keliru bolehlah hubungi sendiri pihak ilestari KWSP

BILSOALAN & JAWAPAN
ASAS
1Tempoh kuatkuasa Pengeluaran iLestari.
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.
2Konsep am Pengeluaran iLestari.
Konsep am Pengeluaran iLestari adalah seperti berikut:
  1. Pengeluaran adalah daripada Akaun 2 sahaja.
  2. Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan dan berulang (recurring) untuk bulan-bulan berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran seperti di item (c).
  3. Kelayakan bilangan bulan pengeluaran dikira bermula dari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i-Lestari iaitu 31 Mac 2021.

Ilustrasi:

  1. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
  2. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
  3. Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
3Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran iLestari.
  1. Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
  2. Berumur di bawah 55 tahun; dan
  3. Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2
4Tempoh Ahli membuat permohonan Pengeluaran iLestari.
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran iLestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
5Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran iLestari.
Amaun Pengeluaran iLestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan; tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat. Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah tersebut.
6Bilakah bayaran untuk permohonan yang diluluskan akan dibuat kepada Ahli?
Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi permohonan pengeluaran yang diterima selepas bulan April 2020, bayaran pengeluaran bermula dari tarikh permohonan pengeluaran diterima oleh KWSP.

Permohonan untuk bayaran bulan kebelakang (backdated) tidak dibenarkan.

7Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.
8Saluran permohonan borang permohonan Pengeluaran iLestari.
Permohonan Pengeluaran i-Lestari boleh dibuat mulai 1 April 2020 melalui saluran-saluran berikut :
  1. Secara dalam talian melalui i-Lestari Online yang disediakan di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Klik di sini untuk mengakses permohonan melalui i-Lestari Online;
  2. Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli); atau
  3. Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Beg Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720, Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.

Ahli disarankan untuk membuat permohonan melalui i-Lestari Online dan e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli) untuk mempercepatkan proses kelulusan.

Permohonan secara manual yang dihantar melalui pos akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Permohonan pengeluaran oleh Ahli bukan warganegara Malaysia hanya boleh dihantar melalui pos sahaja.

9Mengapakah amaun Pengeluaran i-Lestari terhad kepada maksimum RM500 dan secara bulanan?
Pengeluaran i-Lestari adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jumlah maksimum RM500 sebulan ini adalah jumlah yang berpatutan bagi menambah sumber kewangan Ahli bagi memenuhi keperluan asas untuk bulan yang berkenaan.
10Mengapakah kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari terhad kepada sekali sebulan?
Kekerapan bayaran Pengeluaran i-Lestari adalah terhad kepada sekali sebulan adalah kerana pengeluaran ini bertujuan untuk menambah sumber pendapatan bulanan Ahli bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.
11Mengapakah Pengeluaran i-Lestari hanya untuk tempoh setahun sahaja?
Tujuan Pengeluaran i-Lestari adalah untuk membantu Ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik COVID-19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More