Cara Solat Tarawih 8 Rakaat
Jom belajar Cara Solat Tarawih yang mudah. Tinggal 10 hari saja lagi, umat Islam akan mula berpuasa. Setiap tahun, seluruh umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang mulia. Tarikh Permulaan Puasa akan diisytiharkan oleh penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Biasanya selama sebulan juga kita akan lihati di mana-mana sahaja dalam masyarakat Islam di Malaysia, malam-malam pada bulan yang mulia ini dimeriahkan dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan.
Namun begitu, atas tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah.
Sama-samalah kita menghidupkan dan memeriahkan malam-malam pada bulan Ramadhan yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam Lailatul Qadar seperti maksud firman Allah SWT pada ayat 3, surah al-Qadr yang bermaksud:
“Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan yang lain.”
Dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barang siapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan dosanya yang telah lalu”, maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara-cara solat sunat Tarawih dan Witir supaya kedatangan Ramadhan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita
Isi Kandungan
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah
Sunat ianya dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam
Waktu Solat Sunat Tarawih
Waktu untuk mengerjakan solat sunat tarawih adalah selepas Solat Sunat Ba’diyyah Isyak sehinggalah terbit waktu fajar.
Adalah digalakkan untuk mengerjakan solat sunat ini secara berjemaah di masjid kerana ganjaran pahalanya begitu besar. (walaubagaimanapun, kita kena ikut arahan PKP agar solat tarawih dirumah saja)
Bilangan Rakaat
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja
Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat
Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu
Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan empat rakaat dengan 4 rakaat dengan 2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus
Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.
Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secara berjemaah di rumah buat yang masih tidak tahu:
Cara Solat Tarawih (8 & 20 RAKAAT)
Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan berselang-seli dengan berehat seketika. Ianya juga merupakan Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Allah SWT
Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara duduk
Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.
Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.
Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).
Image via JAKIM
Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.
Cara menunaikan solat sunat witir
Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.
- Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:
Image via JAKIM
“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“
- Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:
Image via JAKIM
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”
Bacaan surah-surah dalam solat witir
Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:
- Rakaat pertama – (Surah al-A’la)
Image via JAKIM
- Rakaat Kedua – Surah al-Kafirun
Image via JAKIM
- Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.
Image via JAKIM
Image via JAKIM
Image via JAKIM
Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.
Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.
Image via JAKIM
Sumber: JAKIM – Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.
Hukum Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah
Sunat ianya dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam
Waktu Solat Sunat Tarawih
Ditunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat